Hyundai lancar sedan bajet HB20S untuk pasaran Brazil

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai baru-baru ini melancarkan sebuah model sedan bajet yang dibangunkan khusus untuk pasaran Brazil, digelar sebagai HB20S.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menggunakan asas daripada hatchback HB20 yang turut sama diperkenalkan di pasaran tersebut, sedan HB20S ini didatangkan dengan pakej penggayaan yang tersendiri, serta kelengkapan yang mampu menarik minat pembeli di sana.
 

HB20S


Hyundai HB20S ini boleh didapati dengan pilihan enjin Kappa MPi 1.0 liter NA berkuasa 79 hp dengan padanan transmisi manual lima kelajuan, atau enjin TGDi 1.0 liter dengan hamburan kuasa 118 hp dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan.

Muka depan sedan HB20S ini adalah hampir sama dengan model hatchback HB20 facelift yang dilancarkan pada bulan lalu, dengan rekaan kemasukan bampar yang tajam bersegi, unit lampu utama yang lebih agresif, sementara bahagian belakang pula turut menampilkan unit lampu yang telah direka semula.

Ia kini menggunakan unit lampu LED melintang penuh dengan grafik yang lebih moden.
 

HB20S


Kemasan ruang kabin pula terdiri daripada panel instrumen digital Supervision Cluster untuk varian yang lebih tinggi, skrin infotainmen bersaiz lapan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kawalan iklim automatik, slot pengecasan USB, pad pengecasan peranti pintar nirwayar, serta pilihan upholsteri fabrik atau kulit.

Berbanding model terdahulu yang mendapat penarafan NCAP yang lemah, Hyundai telah menambahbaik kelengkapan keselamatan sedan bajet ini dengan enam beg udara, serta opsyen ADAS SmartSense yang menampilkan ciri seperti bantuan pengekalan lorong, amaran lintasan trafik belakang dan bantuan titik buta.
 

HB20S


Harga jualan HB20S bermula dari BRL 85,890 (RM75,641)untuk versi asas, sementara varian dengan nadi turbo dan transmisi auto pula dijual pada harga BRL 120,990 (RM106,553).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengarah Pemasaran Proton, Cheng Seng Fook berkata, tempahan yang menggalakkan untuk sedan…