Hyundai lancar program lanjutan jaminan untuk model terpilih

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan Program Lanjutan Jaminan yang dikhususkan untuk model-model terpilih seperti Elantra AD/MD, Sonata LF, Tucson TL/LM, Santa Fe DM dan juga Starex TQ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Hyundai, kesemua model yang disebutkan perlulah memiliki jaminan pengeluar yang telah luput tidak melebihi lapan tahun dari tarikh pengeluaran, serta jarak perbatuan kurang dari 300,000 km pada tahun kelima tarikh pembelian.

Program Lanjutan Jaminan yang baharu dilancarkan ini bertujuan untuk memberikan ketenangan minda kepada para pelanggan Hyundai yang masih lagi setia dengan kenderaan mereka, namun ia tertakluk kepada pembaharuan tahunan berjumlah RM1,280 dengan jarak perbatuan kurang dari 30,000 km setiap tahun.

Program ini menawarkan lanjutan jaminan terhadap komponen seperti sistem transmisi, enjin, dan komponen modular, di mana Hyundai menawarkan program pembaikan dan penggantian sekiranya masih lagi berada di dalam tempoh jaminan.

 


Had perlindungan untuk setiap tuntutan ditetapkan pada RM10,000, namun item yang telah dituntut sebelum ini boleh dituntut semula apabila ia  terbukti bermasalah dengan had tersebut akan dinaikkan sehingga RM50,000.

Hyundai-SDM menetapkan setiap kenderaan yang berdaftar dibawah program ini perlulah memiliki rekod servis yang baik di bawah pusat servis bertauliah Hyundai, dan pemilik perlu menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan rutin seperti yang telah ditetapkan.

Buat permulaan, program ini hanya boleh didapati menerusi cawangan Sime Darby Auto Hyundai (SDAH), namun ia bakal diperluaskan kepada pusat-pusat servis yang sah di seluruh negara.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi talian 1300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi masa terhad ini menawarkan kereta-kereta Hyundai seperti Hyundai Elantra, serta Hyundai…
Berita Domestik
Sebagai makluman, Hyundai Palisade merupakan SUV premium saiz pertengahan yang mula diperkenalkan…
Berita Domestik
Fasiliti yang dibuka pada tahun 2015 tersebut bukan sahaja menempatkan Akademi Latihan Hyundai yang…