Hyundai lancar program Grand Starex Smart Lease

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) dengan kerjasama Sime Darby Rent A Car (SDRAC) melancarkan program pajakan Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi program ini, ia menawarkan tempoh pajakan tiga hingga lima tahun dengan penjimatan yang hebat, dan terbuka kepada syarikat korporat, syarikat perniagaan serta pemilik individu.

Pelanggan yang berdaftar di bawah program Hyundai Grand Starex Smart Lease ini bakal menikmati pengalaman pemilikan kenderaan baharu tanpa perlu risau akan permohonan pinjaman, kos penyelenggaraan jangka masa panjang, cukai jalan dan insurans, serta nilai jualan semula.
 

Starex


Selain daripada itu, pelanggan hanya perlu bersetuju dengan nilai pembayaran bulanan yang tetap, deposit dua bulan, serta yuran tempahan sebanyak RM500 ketika menandatangani Hyundai Smart Lease Agreement.

Terdapat empat varian Grand Starex yang ditawarkan menerusi program ini iaitu Standard Corporate, Executive Plus (tanpa kit badan), Executive Plus, dan Executive Prime.

Bayaran bulanan untuk varian Standard Corporate adalah serendah RM2,800 untuk tempoh pajakan selama lima tahun, dengan jarak perbatuan dihadkan kepada 15,000 km setahun, selain merangkumi faedah penukaran kereta selama tiga hari.
 

SX


Bagi pelanggan yang kerap melakukan perjalanan jauh, mereka boleh melanjutkan had perbatuan kepada 30,000 km atau 40,000 km dengan bayaran bulanan RM3,250 atau RM3,550.

Menerusi program ini, ia menawarkan penjimatan kos sekitar RM17,000 untuk tempoh pemilikan lima tahun, dan sekiranya tempoh yang dipersetujui itu tamat,  pelanggan boleh memperbaharui program ini dengan unit yang baharu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…