Hyundai lancar platform dalam talian 'Cl!ck to Buy'

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors baru-baru ini melancarkan platform membeli belah dalam talian Cl!ck to Buy yang menawarkan pengalaman pembelian dalam talian yang lebih lengkap kepada para pelanggannya.

Dengan adanya platform Cl!ck to Buy ini, orang ramai kini boleh melakukan pencarian dan membeli kenderaan terus dari rumah ketika fasa sekatan pergerakan penuh demi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Antara ciri menarik adalah antaramuka yang mesra pengguna, di mana Cl!ck To Buy turut menawarkan keupayaan memaparkan maklumat berkenaan model SUV dan sedan Hyundai, menempah sesi pandu uji, serta membuat bayaran tempahan serendah RM300 berbanding RM500 di pusat pameran.

Maklumat lanjut berkenaan ciri baharu ini boleh dirujuk menerusi talian 1300-13-2000 atau menerusi laman web www.hyundai.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas pelancaran Staria versi tujuh tempat duduk tahun lepas, pihak HSDM telah banyak mendapat…
Berita Domestik
Bagi mereka yang masih mencari sebuah MPV untuk kegunaan perniagaan atau keluarga boleh mendapatkan…
Berita Domestik
Selain menerima kunci kereta baharu, 11 orang pelanggan pertama IONIQ 5 turut menerima keahlian…