Hyundai lancar dua program kesetiaan untuk para pelanggan

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan dua program kesetiaan pelanggan selepas jualan, iaitu i-Care Plus dan Kad kesetiaan yang menawarkan diskaun dan barangan percuma eksklusif untuk pelanggan Hyundai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program Hyundai i-Care Plus hanya tertakluk kepada kenderaan berusia empat tahun dan ke atas, dan ia terbuka untuk pendaftaran di mana-mana cawangan pusat servis bertauliah di seluruh negara.

Dengan hanya RM20 sahaja, pelanggan akan mendapat enam baucar diskaun yang menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus terhadap alat ganti terpilih, diskaun lima peratus untuk kos upah serta dua buah botol minyak enjin dan penapis minyak secara percuma.

Namun harus diingat, program i-Care Plus ini hanya boleh didapati dalam tempoh terhad bermula 1 April ini, dan sah untuk tempoh 35 bulan daripada tarikh pembelian.

 


Sementara Kad Kesetiaan pula menawarkan manfaat eksklusif secara automatik untuk setiap pemilikan model-model Hyundai seperti diskaun 20 peratus untuk produk KLIMA Fresh dan BlueChem.

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh menjangkakan lebih banyak keistimewaan seperti diskaun bulan kelahiran, pembelian barangan cenderahati, dan nilai tukar beli yang tinggi apabila anda membeli kenderaan Hyundai baharu.

Pelanggan Hyundai sedia ada boleh mendaftarkan diri bagi program Kad Kesetiaan di mana-mana pusat servis Hyundai yang sah di seluruh negara, dan memeriksa kemaskini promosi terkini menerusi laman web rasmi di www.hyundai.com.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…