Hyundai Kona raih skor tinggi kajian kepuasan teknologi J.D. Power

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu kajian terkini U.S. Tech Experience Index (TXI) yang dijalankan oleh J.D. Power, Hyundai Kona meraih skor tertinggi bagi kadar kepuasan teknologi kenderaan di dalam segmen kenderaan kecil.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kajian TXI mengambil kira kadar pengalaman, penggunaan, serta interaksi antara kenderaan dan pengguna selama 90 hari pemilikan, sekaligus memberikan lebih pemahaman terhadap jurang antara pengalaman pemilik dan pelaksanaan. 

Kedudukan Hyundai Kona terikat dengan Toyota C-HR di tempat pertama dalam segmen kenderaan kecil, di mana masing-masing mendapat pengiktirafan berdasarkan faktor-faktor seperti unit hiburan, sambungan mobiliti, bantuan pemanduan, 'mirrorring' kepada peranti pintar dan sistem navigasi.

 


Selain daripada Hyundai Kona, model-model lain seperti Hyundai Elantra dan Hyundai Santa Fe juga turut meraih skor di dalam kedudukan tiga teratas, masing-masing di dalam segmen kenderaan kompak dan kelas pertengahan. 

Untuk pasaran luar, Hyundai Kona hadir dengan kelengkapan standard yang merangkumi skrin sentuh LCD bersaiz 7 inci, sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay, serta lampu nyalaan siang LED. 

Dari segi keselamatan, pelbagai ciri terkini turut didatangkan termasuklah: 

  • kamera undur dengan ciri bimbingan dinamik
  • Sistem Pengurusan Kestabilan Kenderaan
  • Bantuan Mula Mendaki
  • Amaran Pelanggaran Titik Buta
  • Amaran Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang
  • Bantuan Penukaran Laluan
     

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin…