Hyundai Kona Iron Man Edition - SUV Tony Stark?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hero zaman kanak-kanak. Ia boleh menjadi Superman, Batman, Spiderman, Keluang Man atau pun Satria Baja Hitam. Impak hero ini biasanya tidak luput dan buat mereka yang benar meminatinya akan dibawa sehingga dewasa.

Pada minggu lalu telah berlangsung San Diego Comic-Con 2018 dan Hyundai Motor mengambil kesempatan acara tersebut untuk melancarkan sesuatu yang unik.

Hyundai memperkenalkan edisi terhad Kona Iron Man Edition di ruang pameran Marvel.

Tidak dapat dipastikan sama ada Tony Stark mahu menggunakan SUV ini memandangkan beliau adalah penggemar kereta eksotik tetapi ia adalah kombinasi yang unik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kona Iron Man Edition SUV

 

Kona Iron Man Edition akan ditawarkan kepada pembeli di serata dunia dalam unit terhad. Ia akan dikeluarkan bermula Disember ini dengan penghantaran bermula pada suku pertama tahun depan.

Sama seperti Tony Stark yang gilakan teknologi, maklumat lanjut mengenai Kona ini boleh didapati dari laman web khusus.

Pada bahagian luaran, Kona Iron Man Edition mempunyai lampu depan dengan rekaan unik dan lampu DRL yang mengambil wajah topeng dan bentuk mata suit Iron Man. Bentuk tersebut sangat mudah untuk dicam dan salah satu ciri utama untuk Kona ini.

 

Kona Iron Man Edition SUV

 

Selain itu, corak topeng Iron Man turut diletakkan pada beberapa bahagian lain seperti bumbung, bonet, logo depan dan pelbagai lagi dari bahagian pintu hinggalah kepada penutup hab roda aloi 18 inci.

Warna badan yang dikenakan pula ialah merah Iron Man dengan kelabu kusam (matte gray.

Pada bahagian dalaman, signatur Tony Stark diletakkan pada panel instrumen dan beberapa identiti lain seperti tombol gear Iron Man, rekaan kerusi khas dan Head Up Display dengan grafik Iron Man.

Hyundai Kona Iron Man Edition ini sebenarnya program kolaborasi di antara Marvel dan Hyundai. Satu lagi program ialah melalui penampilan Hyundai Veloster Turbo baharu dalam filem Ant-Man.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kona Iron Man Edition SUV

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…