Hyundai Kona facelift rasmi dilancarkan - dua varian awal, bermula dari RM120k

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pelancaran Kona pra-facelift tahun lalu, Hyundai-Sime Darby Motors akhirnya secara rasmi membawakan model facelift crossover Hyundai Kona dengan rekaan yang lebih moden, dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang disebutkan sebelum ini, Hyundai Kona facelift 2021 ini hadir dengan enjin Smartstream G2.0 kitaran Atkinson yang menghasilkan 149 PS dan 180 Nm, serta padanan transmisi Smartstream IVT yang menawarkan pemanduan yang lebih dinamik, selesa, dan menjimatkan bahan api.

 


Perubahan ketara dibawakan pada Kona facelift ini adalah rekaan hadapan yang lebih berani dan dalam masa yang sama mengekalkan format rekaan lampu terpisah yang terdiri daripada lampu LED nyalaan siang, dan unit lampu utama di bahagian bawah.

Sementara rekaan lampu belakang pula menampilkan grafik baharu yang lebih unik, disusuli dengan pemasangan cladding plastik yang mengikuti resepi yang terdapat pada bahagian hadapan.

Tambahan pula, anda boleh mendapatkan rim bersaiz 17 atau 18 inci mengikut penawaran spesifikasi.

 


Rekaan papan pemuka pada Hyundai Kona facelift ini telah dikemaskini menempatkan skrin kluster digital 10.25 inci, skrin AVN bersaiz lapan inci yang menyokong sambungan Bluetooth, Android Auto dan Apple Carplay nirwayar, kehadiran brek parkir elektrik dengan fungsi autohold, dan penawaran kemasan baharu untuk tempat duduk.

Untuk varian KONA Active, Hyundai telah memuatkan pelbagai jenis ciri keselamatan seperti:

  • Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)
  • Amaran Keluar dengan Selamat (SEW)
  • Bantuan Kekal Laluan (LKA)
  • Bantuan Ikut Laluan (LFA)
  • Amaran Tumpuan Pemandu (DAW) dengan Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan
  • Amaran Penumpang Belakang (ROA)
  • Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA) dengan pengesan pejalan kaki dan kenderaan

 


Untuk Kona Standard, terdapat empat warna menarik seperti Chalk White, Galactic Grey, Surfy Blue dan Pulse Red, sementara varian Active pula mendapat lima warna iaitu Surfy Blue, Dive in Jeju, Ignite Flame, Dark Knight dan Misty Jungle.

Harga jualan bermula dari RM119,888 (varian 2.0 Active RM136,888) dan lengkap dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 300,000 km (yang mana terdahulu, serta servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 50,000 km yang mana terdahulu.

 


Hanya dua varian terawal yang ditawarkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors pada ketika ini, memandangkan mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk memperkenalkan lebih banyak varian pada masa akan datang.

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan crossover Kona facelift ini, kami sediakan perincian untuk setiap varian yang ditawarkan.


Kona 2.0

Luaran:

-lampu depan halogen projektor
-lampu nyalaan siang LED
-lampu belakang kombinasi mentol
-lampu kabus belakang
-cermin sisi kawalan elektrik dengan fungsi lipat
-rim bersaiz 17 inci, tayar 215/55 R17

Dalaman:

-sistem infotainmen sesentuh lapan inci
-sambungan Apple CarPlay & Android Auto nirwayar
-enam pembesar suara
-tempat duduk fabrik, larasan manual
-skrin Supervision Cluster 4.2 inci TFT
-brek parkir elektronik
-sistem pendingin hawa zon tunggal larasan manual
-saiz kargo 361 liter

Keselamatan:

-enam beg udara
-ABS, ESC, VSM, EBD, TCS
-Bantuan Mula Mendaki (HAC)
-Bantuan Menurun Cerun (DBC)
-ISOFIX
 


Kona 2.0 Active
tambahan kepada ciri di atas:

Luaran:

-lampu depan Dual LED
-lampu belakang kombinasi LED
-lampu kabus hadapan
-cermin sisi dengan fungsi pemanas
-rim bersaiz 18 inci, tayar 235/45 R18

Dalaman:

-tempat duduk balutan kulit
-tempat duduk pemandu larasan lapan cara
-skrin Supervision 10.25 inci TFT LCD
-sistem kawalan iklim zon tunggal automatik
-paparan head-up

Hyundai SmartSense:

-Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA)
-Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
-Lane Keeping Assist (LKA)
-Lane Following Asssist (LFA)
-Forward Collision-Avoidance Assist (FCA)
-High Beam Assist (HBA)
-Driver Attention Warning (DAW)
-Rear Occupant Alert (ROA)

-Safe Exit Warning (SEW)

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin…