Hyundai Kona EV jadi kereta peronda Polis Indonesia!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Kona EV merupakan antara model yang masih lagi baharu menjejaki pasaran negara jiran Indonesia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, selari dengan hasrat kerajaan di sana untuk memperkasakan lagi kenderaan elektrik, ia nampaknya sudah pun mula digunakan untuk kegunaan pihak berkuasa.

Menurut laporan daripada laman web GridOto, mereka mengesan kelibat Hyundai Kona EV yang dibaluti liveri Polri (Polis Republik Indonesia) menerusi akaun Instagram @prosignal_indonesia.

 


Ia menampilkan warna asas putih dengan liveri biru-merah, serta terpampang logo Satlantas (Satuan Lalu Lintas) di bahagian pintu, serta perkataan POLISI pada hud hadapan.

Difahamkan, Hyundai Kona EV ini akan digunakan sebagai model ujian kegunaan rondaan oleh Patroli Pengawalan Gabernor Jawa Barat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hasil binaan unik itu telah didedahkan pada acara Adelaide Motorsport Festival 2023 di Australia,…
Informasi
Sebagai seorang pemilik EV, jujur saya katakan ia tidak boleh menggantikan terus kenderaan utama…
Berita Domestik
Berita ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran gambar intip yang berjaya diperoleh Adi Azri Ari…