Hyundai Kona Elektrik - Siapa yang boleh beli?

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kerajaan mengumumkan pakej insentif untuk kenderaan elektrik (EV), semakin ramai yang tampil mahukan info berkaitan kenderaan genre itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebagai seorang pemilik EV, jujur saya katakan ia tidak boleh menggantikan terus kenderaan utama anda, kecuali anda falam batasannya.

Dan sekiranya anda benar-benar mahu membeli sebuah EV, saya kira Hyundai Kona EV adalah calon terbaik sekarang berdasarkan harga dan ciri-ciri elektrifikasi padanya.

Di bawah ialah lima jenis pemandu yang sememangnya layak untuk terus keluar dan membeli Hyundai Kona EV.

 

1. Pemandu yang mahu sebuah kenderaan 100% urban dan praktikal

EV


•    EV sebenarnya direka untuk menjadi kenderaan urban dengan tempat mengecaj di kediaman anda.
•    Ini bermakna kenderaan harian yang anda gunakan dalam kawasan bandar, atau dalam lingkungan jarak perjalanan bagi satu caj baterinya.
•    Dalam kes Kona EV, ini bermakna anda mempunyai sekurang-kurangnya 305 km sekali caj (untuk model dengan bateri 39.2 kWh) atau 484 km (bagi bateri 64 kWh).
•    Anda boleh berjalan lebih jauh tetapi ia akan menyulitkan kerana anda perlu mencari tempat caj dan menunggu lama, bergantung kepada jenis pengecaj.
•    Bayangkan kereta harian yang anda tak perlu isi minyak, dan tidak ada servis berkala kecuali servis tahunan. Praktikal bukan?


2. Pemandu wanita yang benci menjaga servis kenderaan dan mengisi bahan api

EV


•    Sebenarnya, ramai pemandu wanita yang mengidamkan kenderaan begini.
•    Mereka caj EV mereka di sebelah malam, dan esok terus keluar memandu sampai kembali ke rumah.
•    Mereka juga tahu tidak ada enjin untuk mereka risaukan, dan tidak perlu singgah ke stesen minyak.
•    Sekiranya jarak perjalanan EV itu lebih dari mencukupi bagi kegunaan seharian si isteri, nescaya dia tak akan mahu kenderaan lain selain EV!

 

3. Pemandu yang mahukan kenderaan senyap dan super canggih

EV


•    Tidak ada kenderaan yang lebih senyap dari sebuah EV kerana ia tidak mempunyai enjin.
•    Untuk mereka yang terlalu taksub dengan kabin yang senyap, EV adalah jawapan anda.
•    EV juga sebenarnya adalah lebih kepada sebuah komputer beroda. Sistem elektrik dikawal dan diselia oleh komputer 100 peratus dan pertukaran program sudah mencukupi untuk anda mendapat tenaga lebih atau cara pemanduan yang lebih sesuai dengan gaya anda.
•    Mereka yang hidup di dalm bidang IT dan teknologi memang akan jatuh cinta kepada EV dalam sekelip mata.

 

4. Pemandu yang mahukan sebuah kenderaan yang lain dari yang lain, dan berstatus tinggi

ev


•    Suka atau tidak, kenderaan dengan jenama mewah sudah menjadi terlalu banyak.
•    Ini ditambah dengan kemasukan unit recond yang membenarkan lagi ramai menggunakan kenderaan berjenama mewah.
•    Untuk menjadi lain dari yang lain, dan untuk mendapat imej sebagai seorang yang prihatin kepada alam sekitar serta nampak lebih intelek, memandu sebuah EV adalah pilihan paling tepat.
•    Ini ialah kerana ramai yang membeli kereta kerana lambang, dan bukan kerana teknologi. Pendekata, letak sebuah kereta Jerman di sebelah sebuah EV, semua mata akan memandang ke EV anda.


5. Anda yang tak mahu membayar cukai

kona


•    Kerajaan Malaysia memberikan insentif paling menarik untuk EV.
•    Untuk EV, anda tidak perlu membayar duti import dan duti eksais serta cukai jualan langsung!
•    Ini bermakna, harga yang anda bayar ialah apa yang dikenakan oleh syarikat kenderaan itu semata-mata!
•    Dalam kes Hyundai Kona EV, insentif kerajaan Malaysia menjadikan harganya paling rendah di rantau Asean. Jadi, cepat beli sebelum keistimewaan ini ditarik balik!!!!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…