Hyundai Kona bakal terima talaan daripada N Performance?

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai N Performance, jenama versi prestasi di bawah Hyundai kini menumpukan perhatian kepada crossover Kona bagi projek prestasi seterusnya.

Projek tersebut sekiranya mendapat kelulusan daripada pihak atasan, bakal menerima nadi kuasa enjin turbo 2.0 liter daripada model i30 N yang mampu menghasilkan 247 kuasa kuda. 
 


Menurut bos divisyen N, Albert Biermann, mereka telah memulakan pembangunan perintis bagi versi Kona N dengan menggunakan sistem pacuan daripada i30 N. 

Walaubagaimanapun, untuk crossover versi prestasi ini, mereka akan mengubah sedikit talaan pada sistem suspensi dan sistem pengendalian stereng kenderaan. 

Setakat ini tiada info susulan berkenaan spesifikasi penuh Kona versi N ini.

Hyundai i30 N merupakan penawaran pertama versi prestasi daripada divisyen N yang direka berdasarkan i30 (versi lain Elantra GT) yang menawarkan tiga jenis reka bentuk badan iaitu hatchback, wagon dan sedan fastback. 
 

Sumber: Autoblog

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Hyundai baharu sahaja melancarkan crossover sub-kompak mereka yang dikenali dengan nama Hyundai…
Berita Global
Bagi menambahkan lagi perencah ke dalam industri elektrifikasi kenderaan empat roda ini, laman What…
Berita Global
  Kona Iron Man Edition akan ditawarkan kepada pembeli di serata dunia dalam unit terhad. Ia akan…