Hyundai Kona 2021 facelift terima penambahbaikan rupa, nadi kuasa

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala rakyat Malaysia masih menantikan kehadiran SUV Hyundai Kona, pengeluar automotif Korea Selatan itu telah pun secara rasmi mendedahkan Hyundai Kona versi facelift serta sebuah varian Kona N Line untuk model tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi rupa luaran, Hyundai telah mendatangkan beberapa perubahan bersifat kosmetik, seperti contoh rekaan lampu utama dan lampu DRL yang diperbaharui, rekaan bumper serba baharu serta gril hitam dengan rekaan yang dikemaskini.

 


Rekaan lampu belakang juga turut diberikan nafas baharu dengan grafik yang lebih menarik, diikuti dengan bumper belakang.

Tidak ketinggalan, terdapat sehingga tiga saiz rim yang ditawarkan, bermula dari 16, 17 dan 18 inci bergantung kepada varian yang dipilih.

Sementara varian Kona N Line pula menampilkan elemen stail yang unik seperti rekaan bumper yang berbeza, tiga 'bukaan' liang udara di atas gril, lip aerodinamik N-Style, sirip sisi, panel rocker dan rim bersaiz 18 inci.

Manakala di bahagian belakang pula diberikan bumper dengan diffuser terbina, serta sirip N-style.

 


Untuk model facelift Kona ini, Hyundai turut menawarkan beberapa pilihan enjin baharu, di mana versi paling berkuasa merupakan nadi 1.6 liter T-GDI Smartstream menghasilkan 194 kuasa kuda, sistem pacuan dua roda atau semua roda, serta transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Terdapat juga enjin diesel 1.6 liter Smartstream yang dipadankan dengan sistem mild-hybrid 48-voltan yang mampu menjana 134 kuasa kuda serta pilihan transmisi iMT enam kelajuan atau DCT tujuh kelajuan.

Model Kona yang paling asas pula mendapat enjin 1.0 liter T-GDI Smartstream (118 hp), sistem mild-hybrid 48-voltan, transmisi iMT enam kelajuan, atau enjin 1.0 liter T-GDI (tanpa sistem mild-hybrid) yang dipadankan dengan transmisi DCT atau manual biasa dengan opsyen pacuan semua roda.

 


Akhir sekali, Hyundai Kona Hybrid yang dilengkapi enjin 1.6 liter GDI yang digandingkan dengan motor elektrik menghasilkan angka output 138 hp, pek bateri 1.56 kWh, sistem transmisi klac berkembar enam kelajuan serta sistem pacuan semua roda.

Dari segi pengendalian, Hyundai telah mendatangkan beberapa penambahbaikan terhadap sistem gantungan tanpa mengorbankan karakter sporti Kona, serta penambahan bar pengimbang dan talaan terhadap respons stereng.

Memasuki ruang kabin, Hyundai Kona facelift kini menampilkan kluster instrumen digital bersaiz 10.25 inci, skrin infotainmen 10.25 inci, fungsi pembahagian paparan, ciri pencahayaan ambien, serta beberapa penawaran upholsteri kulit beige atau Khaki dua tona.

 


Kunci keselamatan yang ada pada Hyundai Kona turut diberikan perhatian, di mana SUV tersebut mendapat ciri SmartSense Active Safety yang merangkumi ciri berikut:

  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang
  • Kawalan Pelayaran Pintar dengan fungsi berhenti/mula
  • Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan
  • Amaran Keluar Dengan Selamat
  • Amaran Tempat Duduk Belakang
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan

Hyundai Kona 2021 facelift akan mendarat di pusat pameran Eropah menjelang akhir tahun ini, manakala pasaran Australia pula menyusul pada suku pertama tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin…