Hyundai kini pemilik baharu syarikat robotik Boston Dynamics

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai baru-baru ini memuktamadkan pengambilalihan syarikat robotik Boston Dynamics daripada Softbank bernilai $1.1 bilion (RM4.56 bilion).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan penguasaan sebanyak 80 peratus pegangan, Hyundai kini merupakan pemilik ketiga syarikat robotik itu selepas ia dipegang oleh Google (2013) dan Softbank (2017).

Namun begitu, Softbank masih lagi memegang 20 peratus pegangan di dalam Boston Dynamics menerusi salah satu daripada syarikat gabungannya.

Dengan pengambilalihan Boston Dynamics, Hyundai kini mengambil satu lagi langkah besar dalam menerajui transformasi strategiknya untuk menjadi penyedia penyelesaian mobiliti pintar termasuklah pemanduan autonomi, kepintaran buatan, mobiliti udara urban (UAM), kilang pintar dan juga robot.

Boston Dynamics sebelum ini telah melancarkan robot komersial pertama mereka, Spot® pada Jun 2020 dan kini ratusan robotnya telah pun beroperasi dalam pelbagai industri termasuklah utiliti kuasa, pembinaan, pembuatan, minyak dan gas, serta perlombongan.

Syarikat itu juga turut baru-baru ini memperkenalkan robot komersial Stretch™ yang direka khas untuk membantu operasi dalam pusat pengedaran serta gudang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sasaran itu bakal dicapai melalui gabungan jualan model elektrik Hyundai Motor, Kia dan Genesis…
Berita Global
  Selepas kereta berhenti, ACR berkomunikasi dengan IONIQ 6 untuk membuka pelindung slot…
Berita Global
  Berikut adalah ciri-ciri asas robot Hyundai: Pergerakan secara autonomi menggunakan Light…