Hyundai-Kia perkenal sistem valet parkir autonomi cari slot pengecas nirwayar terhampir

oleh Mohamad Hanif|
Sistem pengecasan tanpa wayar dilihat menjadi solusi kepada masalah pengecasan menggunakan wayar yang dilihat tidak praktikal, terutama bagi golongan pekerja yang sering mengejar masa. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan semudah parkir kereta sahaja, kereta anda akan dicas secara automatik, dan anda tidak perlu bersusah payah mencari dan menghubungkan wayar pengecasan - seumpama mengecas telefon pintar bersaiz gergasi.

Namun, bagaimana sekiranya anda merupakan seorang yang sangat pentingkan masa (baca:malas)?
 


Hyundai dan Kia faham akan situasi tersebut dan menerusi sistem baharu yang diperkenalkan ini, mereka mahu menggabungkan sistem pengecasan nirwayar dan sistem valet parkir yang dinamakan sebagai Autonomous Valet Parking System (AVPS). 

Menurut Kumpulan Hyundai, sistem AVPS ini bertindak sebagai valet parkir digital, di mana pemilik boleh 'mengarahkan' kenderaan elektrik mereka mencari pusat pengecasan nirwayar terhampir. 

Sekiranya sistem mengesan tiada sebarang kekosongan di pusat pengecasan tersebut, ia akan bertindak mencari slot parkir kosong yang terhampir. 

 


Setelah selesai, pemilik boleh 'memanggil' kembali EV mereka menerusi aplikasi mudah alih untuk kembali ke tempat asal, dan meneruskan perjalanan seperti sedia kala. 

Hyundai kini sedang giat membangunkan sistem komunikasi yang membolehkan perhubungan berterusan di antara EV, pusat pengecasan, fasiliti parkir dan pemandu itu sendiri, dengan sasaran untuk mengkomersilkan sistem ini menjelang tahun 2025.

 


Bagaimana pula sekiranya pusat pengecasan semua penuh dengan EV, dan kenderaan anda mati di tengah jalan mencari pusat pengecasan terhampir?

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana menurut laporan terbaharu daripada Korea Times yang memetik sumber enggan dikenali,…