Hyundai, Kia panggil balik 640,000 kenderaan kerana kebocoran yang menyebabkan kebakaran

oleh SALINA JALIL|
Pengeluar jenama Korea, Hyundai dan Kia memanggil balik lebih daripada 600,000 kenderaan di Amerika Syarikat dan Kanada untuk memperbaiki kebocoran cecair brek yang boleh menyebabkan kebakaran enjin.


Penarikan semula ini merangkumi lebih daripada 440,000 sedan Kia Optima yang dikeluarkan dari 2013 hingga 2015 dan SUV Kia Sorento dari tahun 2014 dan 2015. Ini juga meliputi 203,000 SUV Hyundai Santa Fe dari tahun 2013 hingga 2015.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat pengeluar kenderaan tersebut mengatakan bendalir brek didapati bocor di dalam unit kawalan hidraulik di bahagian brek anti-kunci dan menyebabkan litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran.


Penarikan balik Kia akan bermula pada 15 Oktober, sementara Hyundai akan bermula pada 23 Oktober. Kedua-dua syarikat akan memeriksa kebocoran di unit kawalan dan menggantinya jika perlu tanpa kos kepada pemilik.


Dalam dokumen syarikat yang disiarkan pada Khamis lalu oleh pengawal selia keselamatan A.S., Hyundai mengatakan ia mempunyai 15 laporan kebakaran enjin yang disebabkan oleh kebocoran bendalir, sementara Kia mengatakan ia mempunyai lapan. 


Hyundai dan Kia mengatakan setakat ini tiada terdapat kecederaan pada pemilik kenderaan mereka.

Hyundai dalam satu kenyataan mengatakan bahawa jika lampu amaran brek anti-kunci menyala, pemilik dilarang memandu kenderaan mereka dan harus menghubungi terus pusat servis . Mereka juga disarankan mencabut bateri 12 volt dari sambungan kabel positif bateri kenderaan mereka, kata syarikat itu.


Hyundai memaklumkan bahawa menerima aduan pertama mengenai kebakaran enjin pada model Santa Fe keluaran 2014 pada bulan April 2018, dan telah memulakan siasatan. 


Kia pula mula menyiasat setelah mendapat aduan tentang unit kawalan cair pada model Sorento keluaran tahun 2015 pada Februari lalu.


Pada bulan Februari, Hyundai memanggil semula hampir 430,000 kereta sedan mereka untuk masalah yang sama tetapi nampaknya ia tidak berkaitan dengan isu terkini. 


Syarikat itu mengatakan kebocoran boleh menyebabkan air memasuki ke komputer di bahagian brek anti-kunci dan menyebabkan litar pintas dan menyebabkan kebakaran di bahagian enjin. Isu ini merangkumi kenderaan model Elantra 2006 hingga 2011 dan 2007 hingga 2011 termasuk model Elantra Touring.
 

Syarikat itu mengatakan bahawa litar pintas tersebut boleh menyebabkan kebakaran walaupun enjin kereta dimatikan.


Hyundai mengatakan penarikan balik terbaharu ini tidak berkaitan dengan penarikan balik sebelumnya.


Pada April 2019, NHTSA ( National Highway Traffic Safety Administration) membuka dua siasatan baru mengenai kebakaran yang melibatkan kenderaan Hyundai dan Kia setelah mendapat aduan lebih dari 3,100 kebakaran dan 103 kecederaan.

 

Kegagalan enjin dan masalah kebakaran dengan Hyundai dan Kia ini melibatkan lebih daripada 6 juta kenderaan sejak 2015, menurut dokumen NHTSA.

 

Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…