Hyundai, Kia labur US$250 juta dalam Grab - projek permulaan EV di Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Motor Group dan Grab Holding Inc. mengumumkan perjanjian di mana Hyundai Motor Company (Hyundai) dan Kia Motors Corporation (Kia) bakal melabur sejumlah US$250 juta di dalam Grab di samping memulakan projek EV di Asia Tenggara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di bawah perjanjian ini, Grab dan Hyundai Motor Group akan membawa bersama pemegang kepentingan di dalam industri EV dan berkolaborasi untuk meningkatkan tahap penggunaan EV di Asia Tenggara. 

Menurut D. Youngcho Chi, ketua Strategy & Technology Division Hyundai berkata, "Asia Tenggara merupakan lokasi strategik kepada hab pelanggan yang paling pesat membangun di dunia, dan ia merupakan pasaran yang penting untuk EV."

"Dengan rakan kerjasama Grab yang sudah lama bertapak di seluruh rantau dan mempunyai pelanggan tersendiri, ia akan membantu meningkatkan tahap adaptasi kepada kenderaan elektrik di sini," ujar beliau. 
 


Projek pertama EV akan bermula di Singapura pada tahun 2019 untuk meningkatkan tahap keberkesanan perkhidmatan tersebut, di samping pelan untuk membangunkan infrastruktur stesen pengecasan pantas di seluruh negara. 

Kerjasama itu juga turut menyaksikan pembangunan pakej penyelenggaraan untuk disesuaikan kepada para pemandu EV Grab, dan juga kajian terhadap kesesuaian EV di bawah keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun. 

Sebelum ini, beberapa syarikat besar telah melabur di dalam Grab seperti Booking Holdings, Microsoft, Toyota serta beberapa institusi kewangan global seperti OppenheimerFunds, Goldman Sachs Investment Partner dan Citi Ventures.

Komitmen untuk membawa inovasi pemanduan yang mampu meningkatkan pasaran masa hadapan di dalam mobiliti, Hyundai dan Kia telah membuat pelaburan strategik yang signifikan, daripada teknologi terkini seperti swapandu dan kepintaran buatan, sehinggalah kepada aspek perkongsian kenderaan. 

Kumpulan tersebut juga merancang untuk meningkatkan kuantiti model mesra alam tersebut kepada 38 jenis menjelang 2025.
 

 

Sebagai sebuah platform online to offline (O2O) yang paling kerap digunakan, Grab kini telah memberikan akses kepada lebih lapan juta pemandu dan melengkapkan hampir 2.5 juta perjalanan sejak ditubuhkan pada tahun 2012.

Aplikasi Grab yang sudah dimuat turun pada lebih 125 juta peranti pintar itu mampu memberikan perkhidmatan atas permintaan (on-demand) yang meluas termasuklah kepada penghantaran makanan dan barangan kepada lebih daripada 235 buah bandar di lapan buah negara. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…