Hyundai-Kia jalin kerjasama dengan Rimac - bangunkan kereta sports midship

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada Koenigsegg yang mahukan teknologi elektrik Rimac di dalam supercar dan hypercar mereka, Hyundai dan Kia juga ingin sama merasai sentuhan Rimac untuk menghasilkan sebuah kereta sports pantas. 

Terbaharu, Hyundai dan Kia menjalinkan kerjasama teknikal bersama Rimac bagi menghasilkan barisan kenderaan elektrik berprestasi tinggi menjelang tahun 2020. 

Kerjasama ini menyaksikan Hyundai dan Kia masing-masing melaburkan sejumlah wang bernilai €64 juta (RM299 juta) dan €16 juta (RM75 juta) ke dalam Rimac Automobili. 
 


Antara yang bakal menjadi kenyataan ialah sebuah kereta dengan konfigurasi enjin tengah (midship) yang dibangunkan daripada Hyundai Veloster. 

Model konsep Hyundai Veloster Midship ini sebenarnya telah pun timbul sejak tahun 2014 (kod nama RM14), dengan enjin empat silinder Theta 2.0 liter turbo yang menghasilkan 300 PS kepada roda belakang. 

Konfigurasi enjin midship ini kebaikannya ialah memberikan pengagihan berat yang lebih ideal serta kestabilan pemanduan pantas di selekoh-selekoh. 

Setahun kemudian, model konsep RM15 muncul dengan beberapa penambahbaikan, dan kuasa 296 hp/382 Nm yang datang daripada enjin 2.0 liter turbo itu memberikan pecutan sepantas 4.7 saat dari 0-100 km/j.
 


Rimac sebelum ini terkenal dengan dua buah model hypercar berkuasa elektrik iaitu Concept One (1,224 hp) dan C_Two (1,888 hp).

Walaupun butiran terhadap kereta sports berenjin tengah tersebut masih lagi samar, anda sudah boleh bayangkan sendiri sebuah kereta berprestasi tinggi Hyundai digandingkan dengan teknologi daripada Rimac. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…