Ada lima gaya pemanduan asas yang boleh dirumuskan dari hasil kajian Hyundai itu.
- Yakin (28 peratus)
- Tepat dan teliti (24 peratus)
- Tenang (19 peratus)
- Takut-takut (7 peratus)
- Agresif (7 peratus)
Kajian itu mendapati 31 peratus lelaki melabelkan diri mereka sebagai pemandu yang berkeyakinan sementara hanya 25 peratus pemandu wanita yang memilih label tersebut.
Lebih ramai wanita yang merasakan diri mereka takut-takut bila berada di belakang stereng.
Hasil lain yang menarik dari kajian itu termasuklah:
- 92 peratus berkata mereka tidak pernah hon pada pemandu lain
- Lebih dari dua perlima (42 peratus) memperlahankan kenderaan mereka dan membenarkan bas memintas
- Lebih dari satu pertiga (37 peratus) yang memastikan mereka berterima-kasih kepada pemandu lain ketika memandu
- Satu perlima dari pemandu-pemandu yang ditanya mengaku memecut bila nampak lampu kuning pada lampu isyarat
- 21 peratus pemandu AFV percaya mereka lebih tenang dari pemandu kenderaan dengan enjin biasa (19 peratus)
Menarik bukan?