HYUNDAI JADI PENGELUAR KERETA PALING JIMAT MINYAK DI AMERIKA SYARIKAT

oleh Firdaus Razani|
Kenderaan baharu buatan tahun 2022 yang dijual di Amerika Syarikat telah mencapai kemajuan yang baik dalam penjimatan bahan api dan pelepasan karbon dioksida yang rendah, yang akhirnya menjadikan udara lebih bersih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia selepas menunjukkan peningkatan terbesar dalam tempoh sembilan tahun menurut laporan dari Trend Automotif 2023 Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA).

SUV dan trak besar telah mengimbangi beberapa faedah yang dibawa oleh kemajuan dalam teknologi penjimatan bahan api dan peningkatan kadar penggunaan kenderaan elektrik terutama sekali untuk kenderaan buatan tahun 2022.

 

epa

 

Tidak disangkalkan jika Tesla dilihat sebagai penanda aras kepada penjimatan bahan api dan pelepasan CO2, kerana jenama tersebut menghasilkan kenderaan sifar karbon dengan kereta elektrik (EV).

Walaubagaimanapun, Hyundai menjadi salah satu jenama automotif teratas untuk menjadi kereta dengan penggunaan bahan api paling efisien dengan mempunyai purata bahan api sebanyak 8.0 l/100km (liter per 100km).

 

hyundai

 

Dari segi pelepasan CO2, Hyundai meningkat daripada 311 gCO2/batu (gram CO2/batu ) kepada 302 gCO2/batu.

Seterusnya ialah Honda yang berada di tempat ketiga dalam senarai dengan anggaran purata ekonomi bahan api sebanyak 8.2 l/100km dan pelepasan CO2 adalah lebih teruk iaitu 309 gCO2/batu dari 302 gCO2/batu.

Manakala Toyota pula menunjukkan peningkatan besar untuk purata penggunaan bahan api dari 9.3 l/100km kepada 8.4 l/100km dan purata pelepasan CO2 meningkat kepada 319 gCO2/batu.

Stellantis, yang memiliki beberapa jenama kereta termasuk Dodge, Jeep, Chrysler, dan Ram, adalah nama yang berprestasi paling teruk daripada pembuat kereta besar.

 

epa

 

Ia hanya mencatatkan sedikit peningkatan  dengan anggaran purata ekonomi bahan api daripada 11.1 l/100km untuk kenderaan model keluaran tahun 2017 kepada 11.0 l/100km untuk model tahun 2022.

Manakala purata pelepasan CO2 turun daripada 420 gCO2/batu kepada 415 gCO2/batu.

Secara purata, apabila mengambil kira semua pengeluar besar, terdapat peningkatan pada kedua-dua penjimatan bahan api dan pelepasan jejak CO2.

Penjimatan bahan api meningkat daripada 9.4 l/100km untuk model keluaran tahun 2017 kepada 9.0 l/100km untuk kenderaan keluaran tahun 2022, manakala pelepasan CO2 turun daripada 357 gCO2/batu kepada 337 gCO2/batu.

EPA menjelaskan bahawa kenderaan yang lebih kecil dan lebih ringan adalah pilihan yang lebih baik apabila ia berkaitan dengan penjimatan bahan api dan pelepasan jejak karbon.

 

epa

 

Ramalan untuk model tahun 2023, EPA mengatakan bahawa EV, plug-in hybrids (PHEV) dan EV sel bahan api (FCEV) digabungkan mungkin menyaksikan bahagian 12% dalam pengeluaran model tahun 2023, meningkat daripada tahun model sebelumnya tujuh peratus.

Dalam erti kata lain, apabila semakin banyak kenderaan hibrid dan semua-elektrik turun ke jalan raya, purata pelepasan karbon dioksida akan berkurangan secara perlahan-lahan, menjadikan udara lebih bersih.

 

SUMBER : InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…