Hyundai Ioniq terima 5-bintang ASEAN NCAP (dengan video ujian perlanggaran)

oleh HEZERI SAMSURI|
Hyundai telah menerima anugerah 5-bintang untuk model hybrid Ioniq oleh Asean NCAP. Ujian telah dilakukan di Korea Automobile Testing & Research Institute (KATRI) yang juga menjadi salah satu makmal yang diguna-pakai dan diiktiraf oleh Asean NCAP.

Program keselamatan bertaraf dunia yang diusakahan oleh Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Global NCAP ini menggunakan piawaian ujian terjini (2017-2020) dan Ioniq berjaya mencatat 91.68 mata.

Mengikut pecahan kategori ujian pula, Ioniq memang cemerlang:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 46.34/50.00
  • Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) - 21.48/25.00
  • Teknologi Bantuan Keselamatan - 24.17/25.00

 

ioniq result

 

Antara teknologi keselamatan yang terdapat di dalam sebuah Ioniq (varian HEV Plus) ialah ESC, SBR, Isofiz, AEB untuk City, Inter-Urban dan Vulnerable Road Users, LDW, FCW dan LKA. 

Ioniq dijual bermula dari harga RM94,788 (atas jalan tidak termasuk insurans).

 

ioniq

 

Hyundai turut menawarkan yang berikut untuk Ioniq ini.

  • 5 tahun atau 3000,000 km waranti (yang mana dahulu).
  • 3-tahun atau 60,000 km servis penyelenggaraan PERCUMA termasuk alatganti, upah dan minyak pelincir.
  • Waranti 8-tahun tanpa had perbatuan untuk bateri.
  • Harga bateri dijamin di bawah RM10,000 jika bateri perlu diganti lapan tahun selepas waranti bateri tamat.
  • Bantuan jalanan 24-jam percuma untuk semua kereta Hyundai, baharu atau lama.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Lihat sahaja watak Iron Man/Tony Stark yang dilihat 'setia' memandu kereta-kereta Audi di dalam…
Berita Global
Hyundai bercadang untuk memasang model-model kereta sedan, SUV, MPV dan juga kenderaan elektrik (EV…
Berita Global
Malah, dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh webmd, cahaya ultra-ungu dilihat sebagai salah satu…