Hyundai IONIQ 9 2027 diperkenal di Korea dengan ciri lebih mewah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai IONIQ 9 2027 Korea
Hyundai IONIQ 9 2027 Korea
Hyundai Motor Group melancarkan model kemas kini tahunan bagi SUV elektrik flagship mereka iaitu IONIQ 9 2027.

Model terbaharu ini memfokuskan kepada peningkatan daya saing produk dengan menjadikan ciri keselesaan yang menjadi pilihan utama pelanggan sebagai kelengkapan standard bagi setiap varian.

Dari segi reka bentuk, IONIQ 9 tidak membawakan profil SUV berkotak yang tipikal, sebaliknya menampilkan garisan bumbung yang direka condong ke belakang.

Peningkatan Ciri Keselesaan dan Varian Baharu Black Ink

Bagi model 2027, Hyundai telah memperkemaskan penawaran mengikut varian bagi memenuhi keperluan pengguna.

Varian asas Exclusive kini didatangkan standard dengan fungsi pengudaraan dan pusingan pada kerusi baris kedua.

Varian pertengahan Prestige pula dilengkapi pintu baris pertama dengan kaca yang kalis air (water-repellent).

Turut dilengkapi kemasan pedal dan pelapik ambang pintu logam yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian tertinggi.

Varian paling atas iaitu Calligraphy pula dilengkapi kerusi baris ketiga dengan pemanas sebagai cirivstandard.

Selain itu, Hyundai turut memperkenalkan Pakej Black Ink khusus untuk varian Calligraphy.

Pakej ini memberikan imej lebih sofistikated dan dinamik melalui penggunaan warna hitam pada skid plate, rim, emblem serta panel instrumen bagi menyerlahkan lagi identiti SUV andalan.

Menggunakan lampu depan yang nipis dan sebaris, ditambah dengan badan yang tegap dan dalam warna gelap, IONIQ 9 nampak padat, sinis dan 'jahat' di atas jalan raya.

 

Hyundai IONIQ 9 2027 Korea

 

Penarafan Keselamatan Global Tertinggi

Kredibiliti IONIQ 9 dalam aspek keselamatan telah diiktiraf oleh badan penilai antarabangsa.

Antara pencapaian utama termasuk Top Safety Pick Plus (TSP+) di Amerika Syarikat dan penarafan lima bintang daripada Euro NCAP.

Di peringkat domestik, IONIQ 9 turut merekodkan skor tertinggi dalam penilaian KNCAP 2025.

Harga Jualan Korea Selatan

IONIQ 9 dijual pada harga 67,590,000 KRW (RM181,344) bagi varian Exclusive 7-penumpang, manakala varian tertinggi Calligraphy 6-penumpang pula berharga 79,600,000 KRW (RM213,567).

Harga tersebut adalah selepas insentif cukai mesra alam. Dengan tambahan subsidi kerajaan pusat dan tempatan, varian Exclusive boleh dibeli pada harga sekitar 60,000,000 KRW (RM160,980).

Ciri-Ciri Baharu IONIQ 9 2027

  • Exclusive: Kerusi baris kedua dengan fungsi pusing dan pengudaraan
  • Prestige: Kaca pintu baris pertama kalis air (water-repellent), pedal logam, pelapik ambang pintu logam (metal door scuff)
  • Calligraphy: Fungsi pemanas pada kerusi baris 3
  • Pakej Black Ink (Calligraphy): Warna hitam pada skid plate, rim, emblem dan panel instrumen

Ciri-Ciri Am

  • Varian: Exclusive, Prestige, Calligraphy
  • Platform: E-GMP
  • Kapasiti Penumpang: 6 atau 7-penumpang
  • Penarafan Keselamatan: Euro NCAP 5 Bintang, KNCAP 2025 Skor Tertinggi, Top Safety Pick Plus (TSP+) (Amerika Syarikat)

Rangkaian Kuasa

  • Kapasiti Bateri: 110.3 kWj
  • Jarak Pemanduan: Melebihi 500 km
Hyundai IONIQ 9 2027 Korea

 

Harga IONIQ 9 (Selepas Pelepasan Cukai)

Model 7-penumpang:

  • Exclusive: 67,590,000 KRW (RM181,344)
  • Prestige: 73,250,000 KRW (RM196,530)
  • Calligraphy: 78,110,000 KRW (RM209,569)

Model 6-penumpang:

  • Exclusive: 68,170,000 KRW (RM182,900)
  • Prestige: 73,740,000 KRW (RM197,844)
  • Calligraphy: 79,600,000 KRW (RM213,567)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Rupa depan kelihatan normal walaupun berunsur unik dan perhatikan bagaimana bumbung menyondong …