IONIQ 6 telah diiktiraf kerana memenuhi penilaian ketat kelayakan kemalangan IIHS dan sistem pencegahan kemalangan hadapan yang direka untuk melindungi pejalan kaki pada waktu siang dan malam.
Pencapaian terbaharu itu sekali lagi mengukuhkan komitmen Hyundai terhadap keselamatan pemandu dan pejalan kaki, sekaligus mengukuhkan kepercayaan pelanggan.

Ketua pegawai keselamatan global Hyundai Motor Company, Brian Latouf berkata, “Di Hyundai, memastikan keselamatan pelanggan adalah asas kepada jenama kami dan di tengah-tengah apa yang kami lakukan,"
“Kami percaya dalam menyediakan pelanggan dengan pengalaman selamat semasa dalam perjalanan mereka.”
“Melalui pembangunan meluas kami di kejuruteraan keselamatan dan integrasi teknologi, kami dapat memenuhi ujian TSP+ yang ketat keperluan yang baru-baru ini dimulakan oleh IIHS.”
Kami amat berbangga bahawa IONIQ 6 2023 mampu mencapai pengiktirafan keselamatan yang begitu ketara kerana berbuat demikian memajukan usaha Hyundai dalam industri kepimpinan esperti anugerah IIHS."

Untuk pasaran Malaysia, IONIQ 6 kini ditawarkan dengan empat varian iaitu;
- Lite RWD (RM219,888)
- Plus RWD (RM249,888)
- Max RWD (RM289,888)
- Max AWD (RM319,888)
Untuk varian Lite RWD dan Plus RWD, ia dikuasakan pek bateri lithium-ion polymer berkapasiti 53 kWj bersama motor elektrik tunggal, yang mampu menghasilkan 149 hp dan 350 Nm dengan jarak gerak sehingga 429 km.
Untuk varian Max RWD dan Max AWD, kedua-duanya dilengkapi pek bateri lithium-ion berkapasiti 77.4 kWj yang membolehkan jarak gerak sehingga 614 km untuk varian Max RWD dan 519 km untuk varian Max AWD.

Dari segi kuasa pula, Max RWD mampu menghasilkan 225 HP dan 350 Nm, manakala motor berkembar pada varian Max AWD mampu menghasilkan sehingga 307 HP dan 605 Nm.
Kesemua varian didatangkan secara standard dengan jaminan bateri selama lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000 km.
HDSM tawarkan naik taraf pakej jaminan sedia ada kepada tempoh lima tahun/100,000 km, serta pakej servis percuma selama tiga tahun/50,000 km, dengan bayaran tambahan RM10,000 sahaja.
Baca: Hyundai IONIQ 6 2023 mendarat di Malaysia
Baca: HSDM umum dua varian baharu IONIQ 6