Hyundai Ioniq 6 N Line dan Ioniq 6 2026, gaya streamliner dengan rupa sinis

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Ioniq 6 N Line 2026
Hyundai Ioniq 6 N Line 2026
Ketika Hyundai tampil hebat dengan Ioniq 5, satu kelainan berlaku apabila Ioniq 6 diperkenal.

Dari Ioniq 5 dengan bentuk hatchback (secara rasmi dipanggil CUV), Ioniq 6 tampil sebagai streamliner (mesra aliran udara).

Kereta streamliner bukan baharu dan sudah digunakan puluhan tahun lalu oleh kereta vintaj.

Ioniq 6 satu daripada bukti Hyundai berani dalam penerokaan reka bentuk kereta.
 Hyundai Ioniq 6

 

Ioniq 6 diperkenal pada Julai 2022 dan kini tiba masa untuk model rupa baharu (facelift).

Lampu yang besar dikecilkan dan dijadikan sebaris manakala bampar dicorakkan dengan lebih sporti.

Dua elemen tersebut mengubah wajah Ioniq 6 kepada riak yang sinis.

Bahagian belakang juga diubah dengan spoiler pada hujung cermin ditanggalkan dan dipasang spoiler ekor itik.

 

 Hyundai Ioniq 6

 

Rekaan bampar belakang juga dibuat semula dan membawa gaya agresif.

Secara keseluruhan, Ioniq 2026 nampak lebih anggun, sofistikated selain bentuk streamliner yang vintaj.

Pada bahagian dalam, Ioniq 6 mengekalkan konsep Mindful Cocoon. Stereng dua bilah dijadikan tiga dan bahan riasan pintu dipertingkatkan untuk rasa yang lebih premium.

Susun atur konsol tengah juga diubah untuk kefungsian lebih baik dan paparan kawalan iklim dibesarkan bagi meningkatkan praktikaliti.

 

 Hyundai Ioniq 6

 

Bukan Hyundai jika tidak membawa model sporti. Ioniq 6 akhirnya menerima varian N Line dan mewarisi DNA reka bentuk RN22e Rolling Lab pada 2022.

Bampar depan lebih agresif dan tema sayap turut dibawa ke bampar belakang. 

Bersama spoiler itik, Ioniq 6 N Line nampak seperti sebuah model vintaj yang dipakaikan perkakasan moden.

Satu lagi yang membangkitkan penampilan N Line ialah permainan warna hitam dan dipadan bersama warna merah dan berjaya menaikkan tema garang dan sporti.

 

 Hyundai Ioniq 6 N Line 2026

 

Jika N Line belum memuaskan hati, Hyundai mengesahkan Ioniq 6 N akan dlancarkan pada Julai depan.

Hyundai tidak berkongsi gambar penuh kecuali selingan di antara Ioniq 6 N Line dan Ioniq 6 dengan spoiler tinggi jelas kesihatan di belakang kereta dan melambangkan kuasa.

Hyundai juga tidak memaklumkan mengenai rangkaian kuasa. Sebagai rujukan, Ioniq 6 pasaran tempatan dibekalkan bateri 53 kilowatt-jam (kWj) dan 77.4 kWj.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Hyundai Ioniq 6 N Line 2026