Hyundai Ioniq 6 N Didedahkan – ‘Super EV’ 641hp Pesaing BMW M3

oleh Qalif Latif|
Divisyen prestasi Hyundai N kini memperkenalkan model elektrik berprestasi tinggi kedua mereka Hyundai Ioniq 6 N dengan kuasa 641hp, dijangka dilancarkan musim luruh ini sebagai versi yang lebih tajam, fokus dan “lebih sofistikated serta mudah dijangka” berbanding model Ioniq 5 N.

Hyundai Ioniq 6 N
Rekaan Aerodinamik & Chassis Baharu

Model ini diasaskan dari Ioniq 6 facelift terbaru, tetapi menerima arc tayar lebih lebar bagi menampung peningkatan 60mm pada jarak trek depan dan belakang. Ketua pereka Hyundai N, Eduardo Ramirez, menyatakan bahawa setiap elemen rekaan baru pada 6 N mempunyai tujuan spesifik termasuk:

  • Hidung lebih rendah menonjolkan siluet kereta

  • Gril depan lebih besar dengan winglet khas N untuk aliran udara

  • Spoiler belakang besar seimbang dengan splitter depan bagi aerodinamik optimum

Hyundai Ioniq 6 N
Prestasi: Sama Powertrain, Karakter Berbeza

Walaupun menggunakan pacuan semua roda (AWD) dan gabungan dua motor elektrik sama seperti 5 N (234hp depan + 406hp belakang), jurutera chassis dan brek, Sven Risch, menegaskan ini adalah kereta serba baharu secara teknikal.

Magnet motor telah dinaik taraf untuk ketahanan prestasi jangka panjang, dan ada pemanas bateri 7kWh untuk mempercepat suhu operasi bateri 84kWh,” jelasnya.

Dengan pusat graviti lebih rendah dan trek lebih lebar, Ioniq 6 N menawarkan pengendalian yang lebih tajam, stabil dan mudah dikawal.

Hyundai Ioniq 6 N
Kelengkapan Dinamik & Teknologi

Antara ciri teknikal yang turut disertakan:

  • Penyerap hentakan elektronik

  • Diferensial belakang LSD elektronik

  • Rim forged 20 inci rekaan baharu dengan jejari berlubang (untuk kurangkan berat)

  • Tayar Pirelli P Zero 275/35 di semua penjuru

Hyundai Ioniq 6 N
Walaupun masih tiada angka rasmi untuk berat kenderaan atau pecutan 0-100km/j, panjang badan 4.94 meter menjadikannya 220mm lebih panjang dari 5 N, namun dijangka beratnya kekal setara (sekitar 2,235kg) kerana profilnya lebih rendah.

Hyundai Ioniq 6 N
Mod Pemanduan, Drift & Perisian

Sebahagian besar karekteristik pemanduan bergantung pada penalaan perisian, sama seperti 5 N. Ciri-ciri termasuk:

  • Torque vectoring melalui brek pada kedua-dua gandar

  • Butang khas ‘N Grip Boost’ untuk akses penuh 641hp dalam apa-apa mod

  • Evolusi sistem bunyi enjin dan tukaran gear tiruan

  • Mod drift dengan 3 peringkat permulaan, 10 peringkat sudut, 10 peringkat asap tayar

  • N Track Manager’ untuk cipta dan rekod masa litar sendiri

Hyundai Ioniq 6 N
Pelancaran & Sasaran Harga

Pengeluaran akan bermula September ini di Korea, dengan jualan UK menyusul kemudian. Harga belum diumumkan, tetapi Joon Park menyatakan hasrat agar harganya lebih mampu milik berbanding Ioniq 5 N yang kini dijual pada £65,010 (sekitar RM390,000).

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam dunia automotif moden yang semakin dipenuhi sistem digital seperti bunyi enjin tiruan,…
Berita Global
Peningkatan Ciri Keselesaan dan Varian Baharu Black Ink Bagi model 2027, Hyundai telah…
Berita Global
Rekaan Luar: Agresif, Tinggi dan Sarat Peralatan Off-Road Crater berdiri atas tayar off-road 33…