Tidak mengejutkan apabila sedan fastback berkuasa elektrik itu menerima sambutan yang cukup menggalakkan di tanah air sendiri, dengan jumlah tempahan sebanyak 37,446 unit dalam tempoh 24 jam!
Ia merupakan satu rekod baharu yang jauh mengalahkan angka pra-tempahan yang diterima oleh Ioniq 5 sebanyak 23,760 unit untuk tempoh yang sama pada Februari 2021.

Model terbaharu di dalam keluarga Ioniq itu diperlihatkan secara rasmi di Busan Motor Show pada Julai yang lalu.
Dibangun menggunakan platform E-GMP, sedan ini boleh didapati dalam dua versi bateri, iaitu 53.0 kWh atau 77.4 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 610 km mengikut data WLTP.

Dari segi kuasa, Ioniq 6 boleh dikonfigurasikan dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang (168 hp/350 Nm), atau motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda (225 hp/350 Nm), di mana versi paling berkuasa (321 hp/605 Nm) menawarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.1 saat sahaja.
Di Korea Selatan, harga jualan Ioniq 6 bermula dari 52 juta won (RM173 ribu).
Baca: Hyundai Ioniq 6 2023