Hyundai Ioniq 5 dengan mod jalan ketam diperlihatkan

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Mobis (Mobility Beyond Integrated Solution) baru-baru ini memperlihatkan sebuah prototaip EV Ioniq 5 yang dilengkapi dengan modul e-Corner pada keempat-empat sudut tayar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Modul e-Corner ini membolehkan kesemua tayar bebas diputarkan sehingga 90 darjah untuk tahap kebolehgerakan yang lebih meluas, termasuklah pergerakan seakan seekor ketam - sama macam GMC Hummer EV!

Dalam video berdurasi satu minit itu, Hyundai Ioniq 5 mempunyai kebolehan untuk bergerak ke sisi dengan mudah, pemanduan menyenget, atau membuat pusingan kereta kebal (tank turn) 360 darjah tanpa memerlukan ruang yang besar berbanding kereta konvensional.

 


Terdapat juga fungsi pivot di mana ia membolehkan Ioniq 5 ini dipandu seperti sebuah forklift.

Menurut Hyundai, sistem e-Corner ini menggandingkan teknologi steer-by-wire, brek, suspensi dan motor elektrik di dalam satu pakej tunggal, dan boleh dimuatkan ke dalam pelbagai jenis kenderaan plug-in tanpa memerlukan ruang yang besar.

Konsep ini pertama kali dipertontonkan pada tahun 2018, dan jika anda perasan ia sebenarnya merupakan jelmaan moden kepada teknologi yang wujud pada kereta pacuan roda depan di Paris tahun 1927, dan inovasi The Park-Car yang muncul di Amerika pada tahun 1930-an.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sistem e-Corner merupakan modul pakej semua-dalam-satu merangkumi brake by wire, steer by wire,…