Hyundai Ioniq 5 dapat penarafan Top Safety Pick+ IIHS

oleh Mohamad Hanif|
Sejak dilancarkan secara rasmi, Hyundai Ioniq 5 berjaya menjadi salah satu daripada kenderaan elektrik yang paling banyak permintaan di seluruh dunia.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menguatkan lagi kedudukan Ioniq 5 di pasaran adalah pengumuman terbaharu  di mana EV Hyundai itu kini menerima penarafan tertinggi Top Safety Pick+ daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).

 


Untuk mencapai penarafan tersebut, crossover elektrik itu perlu mencapai skor 'Good' dalam keenam-enam ujian termasuklah ujian pelanggaran bertindih kecil bagi sisi pemandu dan penumpang, pelanggaran bertindih hadapan sederhana dan ujian impak sisi.

 



Menurut IIHS, selepas ujian pelanggaran kecil hadapan dibuat, ruang kemandirian pemandu kekal utuh, sementara beg udara depan dan sisi berfungsi dengan baik untuk melindungi kepala pemandu dan juga penumpang.
 


Sementara untuk penarafan Plus, sesebuah kereta perlu mempunyai ciri lampu utama yang bagus dan ia dibuktikan oleh Hyundai Ioniq 5 menerusi rekaan lampu retro biarpun pada sesetengah titik ia dilihat mampu menyebabkan silau atau malap pada lengkung tertentu.

Laporan penuh boleh dibaca pada pautan INI.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di antara perkakasan pada Ioniq 5 N DK Edition seperti rim tempa 21 inci dengan lebar 10.0J…
Berita Global
Hyundai Ioniq 5 Limited 2025   Ada lagi perkhabaran besar, Ioniq 5 juga model Hyundai pertama…
Berita Global
  Hyundai membangunkan kereta lumba ini untuk bersaing di dalam kelas eN1 yang baru diwujudkan di…