Hyundai Ioniq 5 dapat naik taraf pek bateri 77.4 kWh, jarak operasi kini capai 490 km

oleh Mohamad Hanif|
Ketika mula-mula diperkenalkan, Hyundai Ioniq 5 ditawarkan dengan dua pilihan kapasiti bateri, bermula 58 kWh atau 72.6 kWh dengan jarak operasi sehingga 480 km bergantung kepada varian.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Namun tidak sampai setahun, Hyundai telah mengemaskini penawaran EV tersebut dengan pilihan pek bateri yang lebih besar, 77.4 kWh.

Menurut satu laporan daripada Korea mendakwa model Ioniq 5 yang telah dikemaskini itu kini menampilkan tidak kurang daripada 32 modul bateri 2.4 kW, berbanding 30 modul pada model yang kini boleh didapati di Eropah dan Asia.

Perubahan ini meningkatkan kapasiti bateri daripada 72.6 kWh kepada 77.4 kWh, dengan jarak operasi kini mampu mencapai 423 km sehingga 490 km bergantung kepada varian.
 

Ioniq 5


Selain daripada naiktaraf bateri, beberapa kemaskini over-the-air berkaitan sistem infotainmen dan sistem bantuan pemandu dikatakan bakal muncul pada Ioniq 5 kelak.

Malah, difahamkan kemaskini terbaharu ini mampu membolehkan fungsi Vehicle-to-Grid (V2G) diaktifkan, dan membenarkan pemilik untuk menyalurkan kembali tenaga elektrik kepada sistem grid nasional.

Jadi, adakah model ini bakal memasuki pasaran Malaysia kelak? Melihatkan kepada tahap keaktifan pengedarnya (Hyundai-Sime Darby) dalam membawa masuk model-model Hyundai terkini (Staria, Palisade, Kona EV), tidak mustahil model Ioniq 5 ini bakal membuat kemunculan tersendiri kelak.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sistem e-Corner merupakan modul pakej semua-dalam-satu merangkumi brake by wire, steer by wire,…
Berita Global
  Medan ujian itu terletak berhampiran Garisan Artik dan menawarkan pelbagai keadaan seperti…
Berita Global
Modul e-Corner ini membolehkan kesemua tayar bebas diputarkan sehingga 90 darjah untuk tahap…