Hyundai Ioniq 2019 terima kemaskini ciri terkini, bakal hadir sekitar musim panas

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Ioniq dijangka akan menerima kemaskini ciri-ciri tambahan dan teknologi keselamatan terkini dan bakal hadir menjelang musim panas tahun ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Kemas kini untuk Hyundai Ioniq 2019 itu turut melibatkan model Ioniq versi pacuan elektrik (EV) serta plug-in hybrid (PHEV). 
 


Menurut Hyundai, Ioniq yang didatangkan dengan keupayaan navigasi sebelum ini akan menerima sistem pengecaman suara yang telah ditambah baik serta ciri carian info yang boleh memberikan cadangan beberapa lokasi pengecasan kenderaan yang berhampiran. 

Hyundai kini bekerjasama dengan ChargePoint yang mengoperasikan lebih daripada 32,000 pusat pengecas kenderaan elektrik untuk memberikan kad akses kepada pemilik Ioniq bagi mendapatkan khidmat pengecasan daripada mereka. 
 


Menerusi aplikasi MyHyundai/Blue Link, para pemilik boleh mencari dan mengenalpasti lokasi pengecasan yang disediakan oleh ChargePoint. 

Selain daripada itu, aplikasi tersebut didatangkan dengan ciri pengurusan dan pengawasan pintar pengecasan kenderaan bagi memaksimumkan penggunaan elektrik ketika waktu bukan puncak. 

Ciri-ciri keselamatan juga turut ditambah baik dengan pengenalan ciri terbaru amaran tumpuan pemandu (driver attention alert) dan ciri bantuan lampu tinggi (high beam assist) kepada ciri sedia ada iaitu brek kecemasan automatik (AEB), sistem pengesan pejalan kaki (pedestrian detection), bantuan pengekalan laluan (lane keep assist) dan kawalan pemanduan adaptif (adaptive cruise control). 

Setakat info ditulis, tiada sebarang maklumat berkenaan harga jualan bagi Hyundai Ioniq 2019. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa yang lebih menarik ialah, Hyundai menang dua kali berturut-turut selepas IONIQ 5 menjulang…
Berita Global
Ini bermakna, kilang Ulsan di Korea Selatan tidak lagi akan memasang model-model Ioniq Hybrid,…
Berita Global
Kelibat model ujian Ioniq 5 N telah pun dikesan melata atas jalan raya, dan walaupun ia sarat…