Hyundai IONIQ 2019 tampil dengan gril 'berduri' dan lebih canggih

oleh Muhammad Md Tajudin|
Perasan tidak di atas jalan raya sekarang ini model sedan terbaru Hyundai seperti Accent atau Sonata tidak semeriah dulu.

Hendak kata minat terhadap jenama ini sudah berkurangan tidak juga berdasarkan jumlah IONIQ di atas jalan raya.

Tidak salah untuk dikatakan IONIQ merupakan model baharu Hyundai yang popular, lebih menarik apabila IONIQ membawa teknologi hibrid.

Itulah tabiat pengguna, ibarat hipotesis kajian akademik. Apa yang kita sangka tidak boleh dibuktikan sebelum kajian dibuat.

Keputusan Hyundai-Sime Darby Motors membawa masuk IONIQ harus dipuji dan tepat. Ini bukan calang-calang model, reka bentuknya menarik dan dipadankan bersama teknologi canggih.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
Hyundai IONIQ

 

Hyundai baru sahaja mengumumkan IONIQ 2019 dengan perubahan luar dan dalam. IONIQ adalah famili kenderaan mesra alam, selain varian hibrid model ini juga merangkumi varian plug-in hybird dan elektrik.

Buat masa sekarang Hyundai memperkenalkan IONIQ Hybrid dan Plug-in Hybrid dahulu dan kemudian disusuli IONIQ Electric.

Berikut ialah ciri-ciri pada Hyundai IONIQ 2019:

  • Dilengkapi khidmat telematik Bluelink®
  • Sistem keselamatan aktif dan bantuan pemanduan SmartSense
  • SmartSense terdiri dari Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Keep Assist (LKA) dan Driver Attention Alert (DAA)
  • Brek regenaratif boleh laras dengan tetapan menggunakan paddle shift
  • Pilihan skrin saiz 10.25 inci dengan sistem Navigasi Audio Video
  • Sistem infohibur dengan sambungan Android Auto™, Apple CarPlay™ dan Hyundai Live Services
  • Panel kawalan suhu baharu dengan kemasan berkilat
  • Gril depan berbentuk duri, bamper depan dan belakang baharu
  • Warna baharu iaitu Fluidic Metal, Electric Shadow dan Liquid Sand
  • Pertama dalam pasaran dengan Mod Pemanduan Zon Hijau (GDM)
  • GDM berfungsi dengan menukar modul pemanduan di kawasan khas kepada kuasa elektrik berbanding enjin biasa

 

Hyundai IONIQ

 

IONIQ pertama kali dilancarkan pada 2016 dan sejak itu lebih daripada 60,000 unit telah terjual. IONIQ adalah salah satu daripada tonggak utama dalam barisan model masa hadapan Hyundai.

Selain famili IONIQ, Hyundai mempunyai dua lagi model canggih iaitu Kona Electric dan NEXO yang dikuasakan oleh teknologi hidrogen.  

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Hyundai Ioniq 5 Limited 2025   Ada lagi perkhabaran besar, Ioniq 5 juga model Hyundai pertama…
Berita Global
  Teknologi SmartSense untuk Santa Fe Prestige dan ke atas: Bantuan Pengelakan Pelanggaran…
Berita Global
Sektor EV Thailand kini dikuasai oleh pembuat kereta China, termasuk BYD dan Great Wall Motors,…