Hyundai iMax N - 'Drift Bus' yang kekal praktikal

oleh Mohamad Hanif|
Antara banyak-banyak kereta yang menarik dari Hyundai, anda tidak akan menyangka benda kotak besar inilah yang dipilih oleh Hyundai Australia sebagai sebuah jentera drift.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nak kata April Fool, bulan empat sudah lama berlalu namun hakikatnya, Starex (atau nama rasmi di Australia iMax) kini bersedia untuk menghamburkan habuk-habuk kesan geseran tayar belakang. 

Menerusi divisyen permotoran Hyundai N, mereka menghasilkan sebuah talaan one-off iMax N 'drift bus'.
 


Oleh kerana layout asal Starex memang didatangkan dalam bentuk pacuan roda belakang, tidak menjadi masalah untuk pasukan penala N bagi mencurahkan ilmu mereka menjadikan Starex ini sebuah drift bus yang lebih berkuasa. 

Sistem suspensi telah digantikan dengan unit yang lebih rendah dan boleh dikawal secara elektronik, manakala brek standard telah pun digantikan dengan unit angkup brek empat omboh N Performance. 

Bagi memastikan kuasa disalurkan dengan lebih berkesan sepanjang aksi memandu senget itu, komponen limited-slip differential telah ditambah. 
 


Dari segi luaran, Hyundai N telah memasang beberapa komponen aerodinamik seperti splitter hadapan, diffuser belakang, serta spoiler yang bertenggek kemas di bahagian belakang. 

Namun, enjin asal telah dihukum buang daerah dan digantikan dengan nadi 3.5 liter bentangan V6 turbo berkembar (!), menghasilkan kuasa yang sihat 400 PS dan 555 Nm daya kilas. 

Kuasa tersebut digandingkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan. 

Di bahagian dalam, van Starex ini masih mampu memuatkan lapan orang dewasa dengan selesa, dan kesemua tempat duduk dibalut dengan trim gandingan kulit dan juga Alcantara, dan diakhiri dengan jahitan N.
 


Jadi inilah dia, sebuah jentera drift yang masih praktikal dan mampu memuatkan lapan orang dewasa dengan selesa. 

Sayang sekali, Hyundai tidak pernah terlintas untuk menghasilkan van pantas ini, namun anda masih boleh melihat aksi Drift Bus ini pada acara World Time Attack Challenge tahun ini. 

 

Sumber: CarShowRoom Australia

Berita Berkenaan

Berita Global
Dan sudah pasti ramai yang tertanya, adakah MPV besar gedabak ini sesuai dijadikan sebagai sebuah…
Berita Global
Untuk pasaran negara jiran tersebut, Hyundai hanya menawarkan versi 11 tempat duduk sahaja, serta…
Berita Global
Direka untuk keluarga dan kegunaan perniagaan, Hyundai STARIA dikatakan membawakan solusi mobiliti…