Hyundai i30 N Project C - jawapan Hyundai kepada VW Golf GTI Clubsport

oleh Mohamad Hanif|
Antara model yang dinantikan akan tetapi tiada lagi kedengaran peluang untuk menembusi pasaran Malaysia adalah Hyundai i30 N yang telah pun dipertontonkan sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Akan tetapi, nun jauh di Eropah di mana pasaran Hyundai amat aktif, mereka kini sedang giat menguji sebuah lagi varian Hyundai i30 N yang dikatakan merupakan jawapan pengeluar Korea itu kepada Volkswagen Golf GTI Clubsport.
 


Dinamakan sebagai Hyundai i30 N Project C, ia merupakan sebuah hot hatch yang difokuskan kepada litar lumba dan hanya terhad kepada 600 unit sahaja untuk peminatnya di Eropah. 

Menurut Hyundai, Project C ini memfokuskan kepada diet pengurangan berat badan dengan penggunaan bahan plastik diperkukuh gentian karbon (CFRP) serta rim 19 inci ultra ringan yang dibawakan daripada sukan permotoran. 
 


Sebagai perbandingan, Hyundai i30 N yang mampu menghamburkan 271 kuasa kuda itu memiliki berat hanya sekitar 1,429 kilogram sahaja. 

Jadi, dengan pengurangan berat yang tidak dinyatakan itu, Hyundai i30 N Project C dikatakan mampu mengurangkan masa pecutan 0-100 km/j yang kini dicatatkan pada angka 6.1 saat. 
 


Selain daripada itu, i30 N Project C juga akan menampilkan ciri aerodinamik serta naik taraf sistem pengendalian bagi menjadikan pemanduan yang lebih responsif dan menyeronokkan.

Versi penuh Hyundai i30 N Project C ini akan dipamerkan secara rasmi pada acara Frankurt Motor Show 2019 bulan hadapan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model asas Born, Born VZ telah diberi naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch…
Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…