Hyundai i30 Fastback N Limited Edition untuk pasaran Australia, 500 unit sahaja, harga dari RM153 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti Hyundai Elantra N yang lebih agresif itu, pelanggan Hyundai masih boleh mendapatkan sebuah kereta pantas dengan penampilan yang lebih sopan, seperti contoh Hyundai i30 Fastback N Limited Edition 2021 ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebanyak 500 unit sahaja i30 Fastback N Limited Edition ini akan ditawarkan dipasaran Australia, dan ia bakal melengkapkan keluarga N setelah pelancaran model i30 N facelift.

 


Sama seperti model hatchback, i30 Fastback N Limited Edition ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana 276 hp dan 392 Nm, serta padanan transmisi manual enam kelajuan atau DCT lapan kelajuan.

Model yang dilengkapi dengan transmisi DCT bakal mendapat kelengkapan tambahan seperti N Grin Shift, N Power Shift, dan N Track Sense Shift.

 


Namun secara standard, terdapat lima mod pemanduan yang boleh dipilih termasuklah mod N Custom dengan beberapa tetapan yang boleh disesuaikan seperti enjin, suspensi, ESC, differential elektronik, sistem ekzos aktif, stereng serta transmisi.

Selain daripada itu, model i30 Fastback N Limited Edition ini turut ditawarkan dengan rim aloi tempa bersaiz 19 inci, serta tempat duduk jenis bucket yang dibaluti kulit dan Alcantara.

 


Terdapat sehingga tujuh warna ditawarkan termasuklah Polar White, Shadow Grey, Dark Knight, Phantom Black, Performance Blue, Engine Red dan Sunset Red.

Harga jualan bermula dari AU$49,000 (RM152,624) untuk model manual dan AU$52,000 (RM161,968) untuk varian DCT.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan World Time Attack Challenge ini kebiasaannya didominasi oleh syarikat penala, syarikat…