Hyundai i30 2021 facelift dengan rupa lebih garang!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai i30, atau nama lainnya Hyundai Elantra GT di sesetengah pasaran bakal menerima pembaharuan atau kemaskini bagi memastikan model tersebut terus malar segar sesuai dengan peredaran zaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model facelift ini bakal membuat kemunculan rasmi di acara Geneva Motor Show pada bulan hadapan, menampilkan perubahan yang lebih besar terutama pada muka hadapan. 

Liang bukaan udara pada bumper kini lebih besar berbanding model yang terdahulu. 

Rekaan lampu telah direka semula supaya lebih tajam dan diselarikan dengan rekaan lampu nyalaan siang berbentuk V pada kiri dan kanan. 

Tumpuan juga turut diberikan pada rekaan gril hadapan untuk menampakkan lagi imej sporti yang cuba dibawakan pada model facelift i30 ini. 
 


Walaupun tiada sebarang imej bahagian belakang, terdapat beberapa imej intipan mencadangkan terdapat perubahan pada reka bentuk lampu belakang dan bumper yang dikemaskini. 

Sementara itu, ruang dalaman i30 ini akan ditawarkan dengan sistem paparan kluster instrumen digital penuh dan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci di bahagian tengah. 

Kemaskini ini akan diteruskan pada penawaran model hot hatch i30 N yang akhirnya bakal ditawarkan dengan sistem transmisi klac berkembar automatik tidak lama lagi. 

Geneva Motor Show akan berlangsung pada bulan hadapan, jadi sama-sama kita nantikan bagaimana rupa sebenar Hyundai i30 versi facelift ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Berapa? 800 unit sahaja dan tidak semua pasaran menerimanya. 75 unit untuk United Kingdom, 180…
Berita Global
  Bahagian luaran masih kekal sama seperti i30 di pasaran kecuali beberapa perubahan yang…
Berita Global
Hyundai semakin galak meneroka pelbagai segmen pasaran automotif. Dua tahun lalu Hyundai tampil…