Hyundai i30 2020, ada N-Line yang lawa! dan mild hybrid

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum berlangsungnya Pameran Kenderaan Geneva pada Mac, Hyundai Motor telah mendedahkan perincian mengenai i30 2020. 

Apa yang baharu ialah kemaskini luar dan dalam, fungsi sambungan (connectivity) dan varian hibrid sederhana (mild hybrid) untuk penggunaan bahan api lebih cekap.

Buat penggemar varian sporti, Hyundai turut mengemaskini i30 N Line yang turut ditawarkan pada i30 hatchback dan fastback.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai i30 and i30 N Line

 

Bahagian luaran masih kekal sama seperti i30 di pasaran kecuali beberapa perubahan yang kelihatan menarik dan terkini.

Gayaan depan agresif dengan lampu utama lebih tirus dan lampu nyalaan siang LED (DRL) berbentuk V dan Gril  dalam corak 3D.

Bampar depan direka agresif dengan bentuk lebih lebar dan moden terutama sekali varian N-Line. Bampar belakang model lima pintu menerima rekaan baharu untuk lebih ciri aerodinamik.

 

Hyundai i30 Fastback N Line

 

Lampu belakang kombinasi LED mempunyai bentuk V supaya mempunyai kesan simetrikal sama seperti nyalaan depan. Bahagian sisi pula diberikan dua jenis roda corak baharu dengan ukuran 16 inci atau 17 inci.

Membuatkan i30 kelihatan lebih menyerlah ialah varian N Line yang dipengaruhi gaya perlumbaan.

Gayaan depan i30 N Line diinspirasi dari rekabentuk jet aeronautik dengan gril bawah diperbesarkan dan mendominasi bentuk bampar.

Bukaan bahagian sisi pula mempunyai 'sayap terapung' yang menambah baik prestasi aerodinamik. 

 

new Hyundai i30 N Line

 

Bampar belakang i30 direka semula dan tampil dengan diffuser yang lebar. Bentuk bilah tepi menggunakan konsep sama pada bampar depan yang menyerlahkan karakter sporti varian ini.

i30 N-Line ditawarkan dengan pilihan roda 17 inci dan 18 inci yang mempunyai corak 'bilah kelajuan' walaupun kereta dalam keadaan statik.

Satu lagi perkara menarik ialah i30 N Line Hatchback dan Fastback mempunyai talaan suspensi dan stereng berbeza untuk pilihan enjin 1.5 T-GDi 160 PS supaya tampil dengan pemanduan lebih dinamik.

Menyentuh tentang N Line, bagaimana pula dengan varian berprestasi i30 N dan i30 N Fastcback? Tiada lagi khabar mengenainya dan berkemungkinan akan didedahkan kemudian.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai i30 N Line