Hyundai i20 N Rally2 1.6 turbo, lagi magis dari Hyundai!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai i20 N Rally2
Hyundai i20 N Rally2
Tidak sampai 24 jam selepas hatchback berprestasi i20 N diperkenal, Hyundai mendedahkan i20 N Rally2 yang dibangunkan khusus untuk pasukan dan pelumba persendirian yang mahu bersaing di dalam perlumbaan rali.

Ini adalah model baharu bagi menggantikan i20 R5 yang dibangunkan Hyundai Motorsport untuk program Perlumbaan Pelanggan (Customer Racing) pada penghujung 2015.

i20 N Rally2 dibina hasil dari pengalaman yang diperolehi oleh Hyundai Motorsport dalam tempoh lima tahun lalu. 

Model rali ini dibangunkan dari casis i20 N versi jalanan. Enjin 1.6 liter turbo T-GDI sama seperti i20 N tetapi dengan penalaan khusus untuk kegunaan rali. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai i20 N Rally2

 

Hyundai belum mendedahkan output kuasa dan enjin itu dipadan bersama transmisi lima kelajuan sequential dari i20 R5.

Projek ini dimulakan pada Januari 2020 dan disiapkan oleh sekumpulan pereka dan jurutera khas dan menggunakan input lima tahun bersama projek i20 R5.

Pengalaman berterusan dan terkumpul dari i20 R5 dizahirkan pada i20 N Rally2. 

Komponen suspensi dan penyerap hentak baharu menjadikan i20 N Rally2 mempunyai karakteristik pengendalian yang lebih mesra pemandu di atas kesemua permukaan jalan.

 

Hyundai i20 N Rally2

 

Ciri tersebut penting untuk kategori Rally2 yang juga asas kepada pelbagai perlumbaan rali peringkat kebangsaan dan serantau serta antarabangsa seperti kelas WRC 2 dan WRC 3.

Kereta spesifikasi ini juga adalah pilihan kepada pelumba rali profesional dan pelumba amatur.

Hyundai membangunkan i20 N Rally2 bagi meneruskan kejayaan i20 R5 yang mempunyai rekod cemerlang dengan memenangi banyak kejuaraan seperti rali kebangsaan di Sepanyol, Portugal dan Poland.

 

Hyundai i20 N Rally2

 

Program pengujian i20 N Rally2 dijadual bermula pada Oktober 2020 dan penghantaran pertama kepada pelanggan dan homologasi akhir dijadual pada musim panas 2021.

Dengan pengenalan i20 N Rally2, pasukan yang menggunakan i20 R5 akan terus menikmati sokongan sama dan tidak terganggu dengan pembangunan kereta baharu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai i20 N Rally2