Hyundai i20 N Line, enjin kecil 1.0 T-GDI 120 PS

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai nampaknya tidak henti-henti menawarkan model menarik untuk pengguna. Baru sahaja memperkenalkan Tucson generasi keempat, kini giliran i20 N-Line pula.

N-Line adalah siri sederhana di bawah model N penuh seperti i30 dan Veloster dengan kuasa lebih tinggi.

Model terbaru dalam keluarga N-Line ini telah menerima beberapa perubahan dari luar dan dalam di samping pengekalan ciri-ciri i20 yang diperkenalkan pada Februari lalu.

Dari segi reka bentuk, i20 sudah pun menyerlah dengan gayaan Sensuous Sportiness dan Hyundai tidak banyak mengubah apa yang sedia menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai i20 N Line

 

Dari depan bampar N-Line nampak sama seperti model i20 standard namun ianya berbeza.

Corak kanan dan kiri bampar serta lips bawah direka lebih sporti, gril tampil dengan corak melata (cascading) ke bawah dan ala bendera penamat perlumbaan serta logo N.

Bahagian tepi pula dipasang skirt manakala bampar belakang tampil ringkas dan sporti dengan bentuk bahagian bawah selain muncung ekzos berkembar dan lampu kabus di tengah.

Tidak hanya bergantung pada kosmetik, Hyundai menggantikan kerusi asal kepada kerusi sport N siap dengan logo dan sulaman merah dan juga stereng khas dari N.

Beberapa lagi ciri istimewa ialah padel besi, tombol gear N dengan balutan kulit dan kemasan merah.

 

Hyundai i20 N Line

 

Berkenaan rangkaian kuasa, i20 N Line hanya ditawarkan dengan enjin 1.0 liter T-GDI berkuasa 120PS.

Enjin turbo itu telah ditala dari segi respon termasuk bunyi ekzos untuk pengalaman berbeza.

Hyundai juga menawarkan versi hibrid sederhana 49 volt untuk penggunaan minyak yang lebih cekap.

Nadi hibrid tersebut boleh dipadan bersama transmisi Intelligent Manual Transmission (iMT) yang turut membantu dalam penggunaan minyak lebih baik.

Berkenaan pemanduan dan pengendalian, Hyundai turut menala semula suspensi dan i20 N Line menggunakan roda aloi khusus saiz 17inci.

 

Hyundai i20 N Line

 

Ada empat warna yang ditawarkan untuk i20 N Line iaitu Phantom Black, Aurora Grey, Polar White dan Brass. 

Warna Polar White diberi pilihan kombinasi warna Phantom Black untuk bahagian atas kereta.

Hyundai i20 N Line yang menawan ini dijadual untuk memasuki pasaran Eropah pada musim bunga (bermula Mac) tahun 2021. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai i20 N Line