Hyundai i20 N 2022 mendarat di Australia - 201 hp, 275 Nm, transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran Australia baru-baru ini menerima kehadiran sebuah model hot hatch cilik, Hyundai i20 N 2022 mengikut jejak langkah 'abangnya' Hyundai i30 N.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam satu varian tunggal sahaja, i20 N dikuasakan oleh nadi 1.6 liter turbo (inline-4) yang mampu menghasilkan 201 kuasa kuda dan 275 Nm yang memacu roda depan.
 

N


Sistem transmisi pula didatangkan eksklusif dengan kotak gear manual enam nisbah kelajuan, dibantu dengan komponen LSD mekanikal dan ciri rev-match.

Menurut Hyundai, i20 N ini menampilkan komponen bespoke seperti unit turbo, intercooler, pam air, sistem saliran bahan api bertekanan tinggi 350-bar serta tidak ketinggalan sistem Continuously Variable Valve Duration.
 

N


Sistem gantungan pasif hot hatch ini ditala di Namyang dan diperincikan dengan lebih teliti di Litar Nurburgring, sementara sistem brek pula mendapat rotor 320 mm di bahagian gandar depan.

Untuk memastikan kereta ini melekat dengan baik, Hyundai melengkapkannya dengan tayar Pirelli P-Zero.

Hyundai turut membawakan kelengkapan keselamatan seperti bantuan pengelakan pelanggaran hadapan, amaran pelanggaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang, bantuan pengekalan lorong, bantuan mengikut lorong, dan bantuan suluhan tinggi automatik.
 

N


Selain daripada itu, Hyundai turut melengkapkan ciri seperti N Power Sense Axle serta ciri N Road Sense di mana ia akan mengesan kehadiran selekoh di hadapan dan menyarankan pemandu untuk memasuki mod N.

Harga jualan i20 N di Australia bermula dari AU$32,490 (RM98,953).

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran…
Sukan Bermotor
Jentera lumba yang bakal digunakan oleh Hyundai adalah berdasarkan i20 N versi jalanan dan dalam…
Berita Global
  Hyundai belum mendedahkan output kuasa dan enjin itu dipadan bersama transmisi lima kelajuan …