Hyundai i20 N 2021 - hot hatch kecil berperisa kimchi

oleh Mohamad Hanif|
Pelengkap kepada penawaran hot hatch di bawah lencana N, Hyundai akhirnya selesai melancarkan sebuah model yang diposisikan di bawah i30 N, iaitu i20 N.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Hyundai, model i20 N yang diinspirasikan daripada jentera i20 Coupe WRC ini bakal memberikan saingan secara terus kepada Ford Fiesta ST.

Di sebalik hud hot hatch ini tersedia enjin empat silinder sebaris 1.6 liter turbo yang mampu menghasilkan 201 kuasa kuda dan 275 Nm daya kilas, serta didatangkan dengan unit pengecas turbo dan intercooler bespoke, dan teknologi Continuously Variable Valve Duration (CVVD).

 


Dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan dan berat sekitar 1,190 kg sahaja, i20 N mampu memecut sepantas 6.7 saat (0-100 kmsj) sebelum mencapai kelajuan tertinggi 230 km/j.

Mengikut kata Hyundai, enjin i20 N ini menghantar daya kilas puncak antara julat 1,750 rpm sehingga 4,500 rpm, manakala kuasa tertinggi pula dicapai antara 5,500 rpm-6,000 rpm.

Jalur kuasa yang sangat luas ini memberikan impresi pecutan yang sangat baik terutama pada julat kelajuan sederhana dan tinggi.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada roda hadapan, di mana para pembeli boleh mendapatkan LSD mekanikal berjudul 'N Corner Carving Differential', namun ciri Launch Control didatangkan standard.

Sama seperti abangnya i30 N, i20 N juga turut mendapat beberapa mod pemanduan seperti Normal, Eco, Sport, N dan N Custom.

Dalam mod N Custom itu tadi, pemandu boleh memilih tetapan daripada mod tersedia (Normal, Eco, Sport, Sport+) yang turut merangkumi ciri seperti rev-matching dan kawalan peredam berbilang.

 


Selain daripada talaan kepada enjin, Hyundai juga turut meningkatkan beberapa aspek seperti talaan casis pada 12 poin yang berbeza, komponen suspensi yang dipertingkat seperti penggunaan sway bar, spring dan penyerap hentak serba baharu, dan sistem brek yang lebih besar.

Untuk memastikan keselamatan pemandu di dalam hot hatch ini, Hyundai melengkapkan ciri keselamatan Hyundai SmartSense Advanced Drivers Assistance System merangkumi:

  • Amaran Pelanggaran Hadapan
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan
  • Amaran Keluar Laluan
  • Bantuan Pengekalan Laluan
  • Amaran Pelanggaran Titik Buta
  • Bantuan Had Laju Pintar
  • Sistem Amaran Tumpuan Pemandu
  • Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan
  • Bantuan Suluhan Tinggi
  • Amaran Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang

Hyundai i20 N juga turut didatangkan dengan Performance Driving Data System yang mampu menyimpan dan memaparkan data pemanduan yang boleh digunakan untuk meningkatkan skil di dalam litar.

 


Terdapat sehingga enam warna pilihan termasuklah Performance Blue, Intense Blue, Polar White, Sleek Silver, Brass dan Phantom Black, di mana kesemua boleh dipadankan dengan bumbung berwarna Phantom Black.

Selain daripada itu, Hyundai i20 N juga dilengkapi dengan warna aksen merah, rupa hadapan yang lebih agresif, rim aloi 18 inci bespoke dengan kemasan matte grey dan pemasangan spoiler belakang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran…
Berita Global
Ditawarkan dalam satu varian tunggal sahaja, i20 N dikuasakan oleh nadi 1.6 liter turbo (inline-4)…
Sukan Bermotor
Jentera lumba yang bakal digunakan oleh Hyundai adalah berdasarkan i20 N versi jalanan dan dalam…