Hyundai henti pembangunan enjin petrol, tumpu perhatian pada tenaga hidrogen, EV

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Motor Group akan berusaha mengurangkan penawaran model berenjin pembakaran dalaman sehingga 50 peratus untuk memberikan ruang kepada pembangunan teknologi kenderaan elektrik (EV), menurut laporan daripada Reuters.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua sumber yang rapat dengan isu tersebut memberitahu, "ia merupakan satu langkah perniagaan yang penting, membolehkan dana R&D tertumpu kepada pembangunan teknologi seperti motor elektrik, bateri dan sel bahan api.

Walaupun Hyndai kini tidak lagi membangunkan enjin pembakaran dalaman generasi baharu, mereka akan terus meningkatkan tahap efisien barisan enjin konvensional sedia ada di pasaran yang sedang membangun.

Sementara untuk pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Eropah dan China, Hyundai mensasarkan elektrifikasi penuh menjelang tahun 2040.

Ia juga adalah selari dengan hasrat Hyundai Group Motor yang turut menaungi jenama Kia Corp dan Genesis untuk menjual kira-kira satu juta EV setahun menjelang 2025, dengan 10 peratus pegangan di dalam pasaran EV global.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…