Hyundai HDC-6 NEPTUNE konsep trak sel bahan api

oleh Penyumbang Rencana 2|
Sempena pameran North America Commercial Vehicle Show 2019 di Atlanta Amerika Syarikat pada 28-31 Oktober 2019 lalu, Hyundai Motor Company mempertontonkan konsep trak komersial HDC-6 Neptune yang menggunakan sel bahan api (Hidrogen).


Nama Neptune diambil sempena nama tuhan atau dewa laut masyarakat Rom, kelak trak ini bakal meneroka pasaran Amerika Syarikat.


Pada tahun 2018 lalu Hyundai telah melancarkan SUV sel bahan api Hyundai Nexo di California dan mula dijual pada tahun ini. Murut Hyundai trak komersial HDC-6 Neptune akan menjadi trak sel bahan api pertama dilancarkan oleh Hyundai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Sejak memperkenalkan program Hyundai Nexo, Hyundai telah melabur $6.4 billion pada pembangunan teknologi sel bahan api. Ini selaras komitmen kumpulan syarikat Hyundai kepada alam sekitar dan menjadi peneraju teknologi sel bahan api pada masa akan datang. Konsep rekebentuk HDC-6 Neptune asaskan dari rekebentuk kereta api streamliner yang pernah popular pada era 1930an.

 

Walaupun tempat pengisian semula hidrogen sangat terhad berbanding stesen pengecesan semula kenderaan EV dan stesen bahan api fosil di Amerika Syarikat, Hyundai memandang positif kepada potensi pasaran kenderaan sel bahan api di Amerika Syarikat dan menjangkakan akan mengeluarkan kenderaan sel bahan 500 ribu unit pada 2030 dibawah misi dan perancangan perniagaan FCEV 2030.
 

 

Sebelum Hyundai menyertai pasaran trak komersial sel bahan api, Toyota telah menguji prototaip trak sel bahan api bermula dari 2017 dan pada april lalu telah mencapai jarak perjalanan ujian sehingga 22,500 kilometer di Amerika Syarikat. 

 

Cummins Inc. Pengeluar enjin diesel terkemuka di Amerika Syarikat juga memperkenalkan trak sel bahan api di pameran North America Commercial Vehicle Show 2019, trak ini mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 402 km dengan tangki sedia ada, jika operator mahukan jarak yang lebih jauh boleh menambah jumlah tangki sel bahan api.
 

 

 

Penulis : Muhamad Qalif