Ya, walaupun kedengaran seperti teknologi ketenteraan, kenderaan ini sebenarnya membawa misi untuk memulihkan, bukan memusnahkan. Tempat duduk baris ketiga dilipat untuk memberi ruang kepada rig kawalan drone, manakala bahagian but belakang dilengkapi dengan pad pelancaran dan pendaratan yang boleh dilipat keluar. Lebih menarik, Ioniq 9 turut berfungsi sebagai stesen pengecas untuk quadcopter yang dibawanya.

Drone yang digunakan pula direka untuk membawa ‘seed bombs’ atau bebola benih campuran tanah liat, tanah dan biji benih yang boleh dilontar ke kawasan sukar diakses. Bila tiba masa yang sesuai, ia akan tumbuh menjadi tanaman baharu pendekatan yang efektif dan mesra alam untuk reforestasi pasca-kebakaran.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada projek amal Hyundai dikenali sebagai Ioniq Forest, yang kini aktif di 13 buah negara termasuk Amerika Syarikat. Fokusnya adalah untuk membantu pemulihan kawasan hutan dengan pendekatan moden dan lestari. Ia juga satu langkah promosi pintar untuk menonjolkan komitmen Hyundai dalam agenda hijau global.
Ini bukan kali pertama Hyundai bereksperimen dengan konsep seperti ini. Sejak 2023, model Ioniq 5 sudah digunakan sebagai Monitoring Drone Station yang terlibat dalam pemantauan hutan dan pengumpulan data untuk kerajaan Korea, khususnya dalam usaha menangani kebakaran hutan.
Sumber asal: Jalopnik – Hyundai Ioniq 9 Seed Bomb Drone Station