Hyundai Grandeur 2023 - sedan mewah dengan elemen klasik Mitsubishi

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai baru sahaja melancarkan generasi ketujuh sedan mewah Hyundai Grandeur (atau nama lainnya Azera di sesetengah pasaran) yang menampilkan rekaan yang futuristik dan rujukan kepada model generasi pertama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sedan itu kini membawakan rupa paras yang identikal dengan minivan Staria, di mana bahagian depan dikuasai dengan bar lampu LED melintang Seamless Horizon Lamp.
 

Grandeur


Sementara unit lampu utama sebenarnya berada di posisi bawah yang mengapit struktur jeriji parametrik jewel.

Bahagian sisi pula memperlihatkan satu garis panjang yang sengaja dibawakan dari hadapan terus ke bahagian belakang, dibantu dengan dimensi jarak antara roda yang agak panjang.
 

grandeur


Salah satu ciri menarik yang ada pada Grandeur 2023 ini adalah tingkap segi tiga pada bahagian belakang yang sama seperti model generasi pertama Grandeur era 80-an.

Ia bukanlah rekaan asal daripada Hyundai.

Ini kerana generasi pertama Grandeur sebenarnya merupakan model rebadge daripada generasi kedua sedan Mitsubishi Debonair yang diproduksikan antara tahun 1986 hingga 1992.

Rekaan bahagian belakang pula sangat ringkas dengan bar LED melintang penuh yang agak nipis, diserikan dengan rekaan bonet ekor itik sebelum dikemaskan dengan jalur hitam yang bersambung dari bahagian hadapan tadi.
 

Grandeur


Susun atur ruang dalaman Grandeur ini boleh dikatakan cukup minimalis, dengan penggunaan bahan lestari yang berkualiti (kulit Nappa eko, kulit anti-bakteria, aksen kayu dan aluminium) dan kelengkapan yang cukup canggih.

Terdapat skrin paparan berkembar di bahagian depan dibantu dengan skrin tambahan pada konsol tengah yang mengawal iklim kabin, diikuti roda stereng rekaan baharu dan tombol penukaran gear pada kolum stereng.

Hyundai masih lagi belum mendedahkan spesifikasi teknikal sedan mewah ini, namun besar kemungkinan ia bakal membawakan penawaran yang sama seperti kembarnya Kia K8.
 

Grandeur


Bermakna, Grandeur 2023 boleh didapati dengan pilhan enjin 1.6 liter turbo hibrid, atau enjin 2.5 liter NA, enjin V6 3.5 liter serta trim V6 dengan hamburan kuasa 295 hp dan sistem pacuan semua roda (AWD).