Hyundai Grand Starex masih dijual di Malaysia, HSDM tiada perancangan bawa Staria 11 tempat duduk

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) tidak merancang untuk membawakan MPV Staria versi 11 tempat duduk untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebaliknya, pihak pengurusan HSDM menjelaskan model Grand Starex akan terus dijual sebagai MPV 11 tempat duduk, sementara Staria Premium pula diposisikan sebagai MPV Premium yang mampu memberikan saingan kepada MPV premium jenama Jepun.

Dijual pada harga RM165,888, Hyundai Grand Starex menampilkan enjin diesel turbo 2.5 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan, kerusi baris kedua boleh dipusingkan, serta kelengkapan keselamatan yang baharu sahaja diperkenalkan oleh HSDM tahun ini.
 

Staria


Sementara Hyundai Staria Premium merupakan unit CBU dari Korea Selatan, dijual pada harga RM358,888, menggunakan nadi 2.2 liter diesel turbo berkuasa 177 PS dan 431 Nm serta menampilkan rekaan yang agak futuristik.

Hyundai Staria membawakan ukuran sepanjang 5,253 mm, lebar 1,997 mm dan tinggi 1,990 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,273 mm, menjadikannya jauh lebih besar jika dibandingkan dengan Grand Starex.

Baca: Hyundai Staria Premium 2022 (Malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi mereka yang masih mencari sebuah MPV untuk kegunaan perniagaan atau keluarga boleh mendapatkan…
Berita Domestik
Sistem Telematik yang ditawarkan ini merangkumi enam perkhidmatan seperti: eCall: Pengesanan…