Sistem Telematik yang ditawarkan ini merangkumi enam perkhidmatan seperti:
- eCall: Pengesanan Kemalangan Automatik
- Manual eCall: Bantuan Kecemasan
- bCall: Bantuan Tepi Jalan
- Bantuan Servis
- aplikasi mudah alih Connected Security Features
- Sistem Pengesanan Kecurian Kenderaan
Selain daripada itu, Sistem Telematic itu turut menawarkan perkhidmatan rencam yang membolehkan para pemilik untuk menempah tarikh servis, serta mengesan lokasi kenderaan sekiranya dicuri.
Panggilan SOS boleh dibuat serta merta menerusi butang manual eCall di mana pemilik akan mendapat panggilan balas daripada pusat kawalan operasi (SOC) untuk pengesahan sebelum bantuan ambulans, polis atau trak tunda digegaskan ke tempat kejadian.
Namun, Sistem Telematik itu tadi akan terus membuat panggilan SOS sekiranya ia mengesan impak besar terhadap kenderaan dan bantuan akan terus dihantar sekiranya tiada sebarang respon diterima daripada pemilik.
Aplikasi mudah alih juga turut menawarkan pelbagai ciri yang memudahkan seperti mencari lokasi kenderaan, melaporkan kehilangan kenderaan, membuat laporan bukan kecemasan, merekodkan perjalanan serta analisis pemanduan.
Selain daripada membuat tempahan servis, perkhidmatan rencam itu juga boleh membuat peringatan terhadap pembaharuan cukai jalan serta insurans kenderaan.
Hyundai Starex ditawarkan dalam dua varian, iaitu Grand Starex A2.5L CRDi Executive Plus dan Grand Starex A2.5L CRDi Executive Prime, masing-masing dijual pada harga RM165,888 dan RM173,888 serta lengkap dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 300,000 km, serta pakej servis percuma tiga tahun atau 50,000 km.
Para pemilik Grand Starex sedia ada boleh memasang Sistem Telematik ini di mana-mana pusat servis Hyundai yang sah dengan kos sekitar RM1,998 sahaja.