Hyundai Grand i10 Nios memasuki pasaran India (harga dari RM29 ribu)

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Grand i10 Nios generasi ketiga telah pun selamat dilancarkan dan India menjadi pasaran pertama yang menerima hatchback segmen B ini mendahului pasaran Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Didatangkan dengan bahasa rekaan global serba baharu, Grand i10 Nios hadir penawaran muka hadapan yang lebih segar, dimulakan dengan lampu projektor dan ciri lampu nyalaan siang di penghujung kiri dan kanan gril. 

Kehadiran sudut-sudut tajam pada Hyundai Grand i10 Nios ini menjadikan penampilan hatchback ini lebih garang dan berani.

 


Ruang dalaman juga turut menerima kemas kini rekaan yang lebih premium dan moden, terima kasih kepada stereng dan liang pendingin hawa yang dipinjamkan secara terus dari Hyundai Venue. 

Hyundai turut menggunakan upholsteri jenis fabrik ivory-grey bagi menampilkan ruang dalaman yang lebih berkelas, sesuai dengan reka bentuk papan pemuka yang lebih ringkas. 

Untuk menarik perhatian pembeli, Hyundai Grand i10 Nios hadir dengan beberapa ciri pertama di dalam kelasnya, termasuklah:

  • skrin sentuh 8 inci dengan sambungan Bluetooth
  • sambungan Apple CarPlay dan Android Auto
  • sistem bunyi Arkamys (untuk varian premium)
  • slot pengecasan peranti nirwayar
  • kawalan iklim automatik
  • corong pendingin hawa belakang
     


Dari segi keselamatan, Hyundai Grand i10 Nios didatangkan dengan dua beg udara, ABS, EBD, sensor parkir belakang, sistem amaran tali pinggang keledar pemandu dan penumpang, serta sistem amaran kelajuan. 

Untuk varian yang lebih tinggi, pembeli akan mendapat ciri kamera undur, sistem iringan lampu utama, sistem kekunci pusat berdasarkan kelajuan, dan ciri nyahkunci pintu berdasarkan impak.
 


Didatangkan dalam 10 varian utama, Hyundai Grand i10 Nios hadir dengan dua pilihan enjin iaitu 1.2 liter petrol (82 hp/114 Nm) dan enjin diesel 1.2 liter (74 hp/190 Nm). 

Kedua-dua versi petrol dan diesel hadir dengan penawaran transmisi manual lima kelajuan atau pilihan transmisi AMT lima nisbah kelajuan.

Manakala enam warna pilihan ditawarkan kepada pengguna iaitu Polar White, Typhoon Silver, Titan Grey, Fiery Red, Alpha Blue, dan Aqua Teal. 
 


Harga jualan bermula dari 4.99 lakh (RM29,190) sehinggalah 7.13 lakh (RM41,710) untuk versi petrol, manakala varian diesel pula bermula dari 6.70 lakh (RM39,190) sehinggalah 7.99 lakh (RM46,740). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, Maruti Suzuki S-Presso yang diuji oleh Global NCAP baru-baru ini dilihat gagal…