Hyundai juga akan menganjurkan Hyundai N Trophy Cup dan sebahagian daripada Siri TC America.
Pasukan yang menggunakan jentera Hyundai akan bersaing sesama sendiri dan pasukan lain di dalam siri TC.
Bahagian luar kereta dibuat berasaskan model global ELANTRA N1 Cup Car di dalam siri satu model (one make) Hyundai N Festival di Korea dan Hyundai N Cup di China.
Di antara perkakasan seperti dapra lebar baharu, rim 10 x 18 inci dan beberapa lagi yang disesuaikan mengikut keperluan homologasi SRO TC Series.
Elantra N1 TC Evo diasaskan daripada model jalanan Elantra N dan sesuai untuk pemandu yang mahu bergiat lebih mendalam.
Selain itu, Hyundai juga akan memilih seorang pelumba pada penghujung musim bagi bersaing di dalam perlumbaan 24 Jam Nürburgring.
Pelumba terpilh akan bersaing dengan pelumba pilihan Hyundai lain dari serata dunia.
Pelumba yang cemerlang juga mempunyai peluang untuk bertanding di dalam Siri Elantra N1 Cup global termasuk Hyundai N Festival di Korea.
Elantra ini digerakkan enjin 2.0 liter turbo tunggal yang menghasilkan 315 kuasa kuda dan 371Nm.
Enjin dipadan bersama kotak gear cekam berkembar lapan kelajuan dan menggerakkan roda depan.
Jualan Elantra N1 TC Evo melalui Ricca Autosport yang juga menawarkan khidmat bantuan di litar dan sokongan kepada semua pasukan Hyundai.
Spesikasi Hyundai Elantra N1 TC Evo 2025:
Rangkaian kuasa
- Enjin: 2.0 liter (1,998 cm³), 4 silinder sebaris, turbo tunggal, pancitan terus
- Gerek dan lejang: 86 mm x 86 mm
- Kuasa: 315 hp @ 6,700 rpm
- Daya kilas: 371Nm @ 5,920 rpm
- ECU: Vitesco dengan talaan
- Pembeza: e-LSD
- Pacuan: Depan
- Kotak gear: Cekam berkembar 8-kelajuan dengan pedal pada stereng
Casis, brek dan roda
- Depan: McPherson, KW, larasan tinggi, toe dan kamber
- Belakang: Pelbagai pautan SPL, KW, lasaran tinggi, toe dan kamber
- Bar anti oleng: Standard
- Brek depan: Angkup 6 omboh, cakera 14.5 inci
- Brek belakang: Standard, cakera 12.3 inci
- Stereng: Bantuan elektrik
- Roda: 10 x 18 inci, tayar 265/660
- ABS: Talaan
- Rangka keselamatan: Kimpalan 8 sudut, piawaian SRO
- Berat: 1,290 kg (minimum tidak termasuk pemandu)
Kelengkapan lain
- Kawalan mula pandu (pilihan)
- 4 jek udara
- Pemadam api
- Tali pinggang Sparco 6 sudut
- Jaring pemandu Racequip
- Sel tangki minyak ATL 80 liter
Penulis: Muhammad Md Tajudin