Hyundai Elantra N 2024, rupa paras dikemaskini, generasi baharu bakal dapat enjin 2.5 liter turbo?

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai telah pun mengemaskini penawaran sedan berprestasi tinggi Elantra N baru-baru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding model terdahulu, Elantra N 2024 membawakan perubahan kecil dari segi kosmetik, diikuti dengan diet berat badan yang lebih ringan.
 

elantra


Daripada sudut luaran, Elantra N 2024 membawakan rekaan bampar baharu dengan struktur jeriji yang telah dikemaskini, dan kehadiran liang udara untuk memastikan aliran udara dan aerodinamik yang lebih berkesan.

Tidak ketinggalan, perubahan pada bahagian yang disebutkan itu tadi memberikan manfaat kepada sistem penyejukan brek dan radiator.
 

N


Selain itu, Elantra N turut dipasangkan dengan rim tempa bersaiz 19 inci, menyumbang kepada pengurangan berat badan sebanyak 15 kg.

Enjin asal 2.0 liter turbo berkuasa 276 hp masih lagi dikekalkan, namun Elantra N telah diberikan struktur cagak enjin yang diperkukuh, bushing urethane untuk suspensi belakang, serta komponen baharu pada sistem stereng.
 

N


Penawaran transmisi manual enam kelajuan atau klac berkembar (DCT) lapan kelajuan juga masih sama, cuma kedua-dua komponen tersebut telah ditala semula untuk pemanduan yang lebih mengujakan.

Sementara itu, laman CarExpert telah menemubual Penasihat Teknikal Eksekutif Hyundai Albert Biermann berhubung perancangan syarikat itu untuk generasi baharu Elantra N.
 

N


Berita menarik, beliau sendiri mengesahkan model generasi baharu Elantra N akan mendapat enjin bersesaran lebih besar.

"Sebelum saya meninggalkan Namyang (merujuk kepada jawatan beliau yang terdahulu), saya telah memastikan supaya (casis) Elantra dapat menampung enjin 2.5 turbo.

"Australia selamat, Amerika Syarikat selamat, tapi seseorang harus membuat keputusan, bukan? Dan pasaran selain Australia, lupakan mereka. Mereka semua mengimpikan syurga kenderaan elektrik (EV), mereka tidak peduli dengan kenderaan berenjin pembakaran dalaman," ujarnya lagi.

Sumber: CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama…
Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…
Berita Global
Jika pembeli tidak berhasrat untuk memenatkan kaki kiri, terdapat versi transmisi klac berkembar…