Jika pembeli tidak berhasrat untuk memenatkan kaki kiri, terdapat versi transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan dengan harga jualan sedikit mahal, $34,425 (RM145,274).
Sebagai perbandingan, harga jualan untuk crossover Kona N di US bermula dari $35,425 (RM149,494).
Sebagai sebuah model N, Hyundai Elantra N didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana 276 kuasa kuda dan 392 Nm, serta dilengkapi dengan fungsi N Grin Shift yang mampu meningkatkan kuasa kuda kepada 286 hp untuk tempoh masa singkat.
Dari segi penawaran, Elantra N hadir dengan reka bentuk sedan agresif, gandar pemanduan terintegrasi, serta casis yang lebih tegar di bantu dengan sistem brek khas, kawalan pelancaran serta komponen LSD elektronik.
Susun atur papan pemuka Elantra N masih lagi menyamai model standard dengan skrin paparan berkembar 10.25 inci, cuma dibezakan dengan roda stereng yang ditambah fungsi khas, serta paparan informasi tambahan seperti suhu bendalir penyejuk, suhu minyak, tekanan turbo serta daya kilas semasa.
Sebagai sebuah jentera pantas, aspek keselamatan tidak dilupakan di mana ia turut hadir dengan bantuan pemandu seperti bantuan pengelakan pelanggaran hadapan, bantuan pengelakan pelanggaran titik buta, bantuan pengelakan pelanggaran lintasan trafik belakang, bantuan pengekalan lorong, bantuan mengikut lorong, bantuan suluhan tinggi dan amaran keluar dengan selamat.
Baca: Hyundai Elantra N 2022