Hyundai Elantra AD - tidak laku kerana ... ?

oleh HEZERI SAMSURI|
Tidak mengejutkan bila ramai yang tidak tahu bahawa Elantra AD, iaitu generasi kelima untuk sedan segmen-C sudah lama dilancarkan di Malaysia.

Mungkin alasan yang diberikan ialah sedan segmen-C kurang mendapat perhatian dalam pasaran tempatan tetapi Elantra generasi sebelumnya sangat popular.

Di bawah ialah antara sebab yang kami rasakan kenapa Elantra ini tidak begitu popular.

1. Tidak ada banyak publisiti

Hyundai di Malaysia tidak banyak melakukan promosi untuk model ini (dan model lain juga sebenarnya). Selain dari artikel percuma, tidak ada banyak usaha untuk mengenengahkan model ini. 

2. Tiada stok

Rekod jualan semasa musim GST sifar membuktikan bahawa syarikat Sime Darby ini langsung tidak mempunyai stok kenderaan untuk dijual. Dalam masa semua orang mencatat penjualan positif, Hyundai Malaysia mengalami sebaliknya. Malah ada yang mengadu mereka terpaksa membeli jenama lain kerana Hyundai Malaysia tidak ada stok untuk Elantra Sport.

3. Transmisi DCT tidak popular

Transmisi dwi klac memang umumnya tidak digemari oleh pengguna Malaysia. Oleh kerana itu, ia memerlukan lebih banyak publisiti agar pandangan negatif ini boleh disangkal. Hyundai Malaysia mengambil sikap acuh tak acuh sahaja.

4. Harga premium

Walaupun Elantra ini mempunyai enjin yang paling berkuasa untuk segmen-C dengan enjin sehingga 1.6L dan seronok dipandu, tidak ada informasi dan publisiti dilakukan untuk memberitahu pasaran bahawa harga premium Elantra ini berbaloi kerana prestasi yang lebih baik.

5. Sikap acuh tak acuh

Hyundai Malaysia seperti tidak begitu menghiraukan apa yang berlaku. Buktinya, kita tunggu berapa lama respon mereka berkaitan artikel ini. 


Sayang sekali kerana sebuah produk yang bagus tidak mampu dijual kerana tiada usaha setimpal.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Di bawah perjanjian ini, Grab dan Hyundai Motor Group akan membawa bersama pemegang kepentingan di…
Berita Global
Ini bermakna, Luc bakal memantau keseluruhan operasi unit rekaan bagi kenderaan jenama Hyundai, Kia…
Berita Global
Kini, gambar rasmi Hyundai Elantra 2019 telah pun dilepaskan oleh Hyundai untuk tatapan warga…